Thursday, December 20, 2012

Bihun Goreng dan Bubur Kacang Hijau


Bihun Goreng dan Bubur Kacang Hijau

Beberapa hari yang lepas permintaan dari encik suami untuk buatkan bihun goreng untuk 10 orang makan. Balik rumah kul 8 malam, katanya esok pagi kena goreng bihun ni. Aikkk biar betol esok nak buat, malamnya tu baru nak cakap. Macam mana bahan-bahannya, nasib baik ada lagi ayam, cukup-cukup la untuk dua bungkus bihun.

Pandai-pandai jer dia offer buat untuk kawan dia, terpaksa la aku menyelongkar segala barang keperluan sebab nak sekali dengan air. Dia tau pinggan & cawan polistren ada kat rumah tu yang dia boleh offer kan diri nak buat.

Pagi tu aku sediakan semua bahan-bahan nak masak, bab menggoreng dan mengacau bihun tu aku suruh hubby yang buatkan. Berat jugak nak kacau dalam kuali besar.

Bubur kacang hijau ni plak aku saja suka-suka nak buat jer, dah la kita buat, ditanya plak kenapa tak bubuh jagung sekali. Dah benda takde kat rumah kan camne aku nak bubuh, banyak songgeh sungguh. Balik tengahari tu hubby belikan jagung, makan petang tu bubur kacang hijau + jagung ler..
 




5 comments:

❤Kamsiah❤ said...

bubur kacang hijau tu...peberet akak...suka yg pekat2...

Fiza Rahman said...

Arghhhh...lapar. Tak breakfast lagi nih.

hainom OKje said...

Ingat nak buat bihun goreng hari ni!....

Jamal k ahmad said...

minum petang ke ni..mmg kena sgtlah

mama aini said...

ehem..pandai salina masak ya..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...