Monday, December 10, 2012

Nur Kashif Aliya 18 Bulan


Adik @ Kashif Aliya ni dah 18 bulan umurnya.. Abah dia suka panggil "Jepun" dan lucunya dia akan ikut semula cakap abah dia "pun-pun".. perkataan yang diajar akan diikut juga dengan bahasa dia lah.. adik ni suka buat benda yang dia boleh tiru melalui perbuatan.. Terbaru ibu ajar dia kutip sisa makanan yang jatuh atas lantai dan buang dalam tong sampah. 

Alhamdulillah, bila dia makan & tumpah atas lantai, dikutipnya & buang dalam tong sampah. Apa-apa benda yang dia berjaya buat kami akan tepuk tangan tanda sokongan. Seronok & senyum la dia..

Botol susu kakak yang bersepah atas lantai adik yang tolong simpan atas meja dan yang melucukan kami cawan kopi abah dia yang belum habis minum diambik dan simpan atas meja dapur. Tergelak kami dibuatnya, disiplin sungguh.

Satu lagi, kalo lepas makan kita sibuk kemas meja & cuci pinggan mangkuk, dia plak akan tolong tolok kerusi makan tu rapat dengan meja. Kadang-kadang tu terkejut juga dengan tindakan Kashif ni, macam dia cepat sangat belajar & meniru dari perbuatan ibu, abah & kakak dia.




18 comments:

Anum said...

tomei2

Anum said...

comelnya

redza said...

comelnya dia

Fiza Rahman said...

Comel dan pandainya ☺☺

Happy 18th months old adik.

Daddy Ziyyad said...

Jgn lupa injek booster vaccine Pentaxim..:)

Knor said...

bijak anak nya..sapa ikat rambut tu..kiut je..maknya ye..

kak nora said...

lentur buluh dari rebung nyer..

ANIM said...

tomel setomel namanya..
KS, sekejap lagi dia mesti ikut mamanya bersolat..

ainnoraini said...

mmg comey..geram jer tengok dia tu..rasa anak picit2 pipinya tu...dah lama tak ada ank kecik ni..mcm ni laa

Norzie hany said...

Comel dan rajin rupanya anak dara salina ni.

syiela said...

wah bijak2.... harapnya kembar saya camni gak nanti

mama aini said...

`hepi 18th Kashif Aliya`..cantik secantik namanya..

TiranaAduka said...

salam chef salina
Ala la la.. Geramnya..mintak tolong nanti lau mak dia tak nampak..cubitkan 2 2 pipinya tu.si.............kit je tau
-..........

hananhadila said...

comellnyee , nak culik kejap boleh ? hehe . da la baik

aimaniman said...

Comelnya..
Anak akak pun sama.. sebutan pelat dan suka ulang perkataan terakhir .. jadi semua org gelak je bila dengar..

LYAfrina said...

so sweet..mmg sgt2 comel..pttla pgil jepun..sbb mmg ada nmpk style2 jepun g2 muka dia... bila bsr mesti cantik ni..

happy 18month si comel..moga membesar bagaikan juara

MulutPayau said...

comelnya....geram tengok..rajin pulak tu...

shasha yacob said...

dah macam rupa jepun,a po nak di kato, hihi

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...