Wednesday, December 26, 2012

Pelajar UUM Maut Dihempap Papan



Dengar berita kemalangan ni memang sedih dan menakutkan. Di
Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam ni memang banyak lori besar, pelajar UUM pun memang suka ke Danok. Gambar di atas merupakan papan partikel yang menghempap kereta Perodua Kancil sehingga menyebabkan seorang pelajar UUM terbunuh dalam kejadian berhampiran Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam

Manakala tiga rakannya cedera dalam kejadian pada pukul 8 malam itu mengorbankan Tan Chuan Ta, 20, manakala pemandu kereta Perodua Kancil, Wang Zong Ching, 24; Khoo Kah Wai, 22, dan Yong Hoi Siong, 23, hanya cedera ringan.

Chuan Ta berada di tempat duduk belakang pemandu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketika kejadian, empat penuntut universiti itu dalam perjalanan pulang ke kampus UUM yang terletak di Sintok dekat sini selepas menikmati makan malam di pekan Danok, Thailand.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd. Yusoff berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah treler yang membawa papan partikel terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

Moral: Ni yang membuatkan aku takut nak ke Danok dan sememang Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam ni sentiasa sibuk, apatah lagi musim cuti sekolah ni sesak memanjang jer..
 
 
Sumber: Kosmo



8 comments:

kasihredha said...

Malang x berbau

ANIM said...

kalau dah sampai masanya KA, bukan kata ke Danok, duduk dalam rumah pun boleh dihempap lori kayu yang terbabas..

Daddy Ziyyad said...

habis kemek kancil tu kena hempap dek papan.

ummiross said...

Gerunnya tengok, kemek teruk kereta tu.

khairul hassan said...

kesian nya

Knor said...

takziah pd mereka..danuk pun first time kak dgr..mmg jauh ketinggalan.

hainom OKje said...

Dah ajal...semoga dijauhkan perkara-perkara yg begitu!

mama aini said...

ehem kesiannya..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...