Tuesday, June 12, 2012

Musim Artis Dan Media Pulak Berdebat

Pasti dah ramai yang membaca dan terbaca cerita pasal Tasha Shila dan Anzalna membuat kenyataan dan memburukkan Neelofa di mana Lofa mempunyai sikap dengki terhadap mereka berdua sedangkan Neelofa lebih berjaya jika dibandingkan dengan Tasha dan Anzalna. 

Tapi ada yang membela Neelofa, menurut sumber mynewshub, Hans Issac ‘mengamuk’ menerusi laman sosial twitternya. Hans cuba untuk membela Neelofa dalam isu yang ditulis oleh wartawan hiburan Berita Harian, Zubir dengan mencadangkan supaya Neelofa mengambil tindakan undang-undang ke atas wartawan berkenaan.

Pada masa yang sama, Hans dengan berani mencabar Zubir untuk berdebat dan disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

Mungkin tindakan Hans itu disebabkan oleh rasa tanggungjawab Hans sebagai penerbit filem ‘Lemak Kampung Santan’ yang dilakonkan oleh Neelofa. Hans juga menyifatkan Zubir bukanlah wartawan yang baik.

Selain itu, Hans menunjukkan rasa kecewanya apabila wartawan tersebut seperti sengaja mencari isu yang tidak masuk akal dengan menulis kenyataan Anzalna Nasir dalam sisipan akhbar Berita Harian terbitan hujung minggu lalu.

2 comments:

Beckhrooy said...

debat2, jgn tak debat

mama aini said...

ehem macam2 hal.. :(

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...