Thursday, January 17, 2013

Malaysia Paling Popular dan Destinasi Pelancongan Mesra Pelancong Islam


Malaysia Paling Popular dan Destinasi Pelancongan Mesra Pelancong Islam
 
Malaysia menduduki kedudukan nombor satu daripada 50 buah negara untuk menjadi destinasi pelancongan mesra pelancong Islam menerusi satu kaji selidik yang disiarkan semalam.

Firma perunding pelancongan di sini, Crescentrating, mengendalikan kaji selidik itu.

Ia memberikan penarafan kepada negara-negara berkenaan berdasarkan layanan yang disediakan kepada pelancong-pelancong Islam seperti makanan dan perkidmatan halal.

Kaji selidik itu menggunakan beberapa kriteria seperti tahap keselamatan sesebuah negara, kemudahan mendapatkan makanan halal, mengerjakan solat dan sama ada hotel-hotelnya dapat memenuhi keperluan para penginap beragama Islam.

Berdasarkan skala satu hingga sepuluh, Malaysia menduduki tempat pertama dengan memperoleh gred 8.3.

 
 

8 comments:

Kayu Manis said...

utk pelancong KS diorg mesralah sgt..tapi utk penduduk tetap..kan main sombong lagi..

solat kat sebelah menyebelah pun tak berapa nak salam..

azi said...

Tahniah buat negaraku Malaysia yang tercinta...Malaysia Bolehhhh!!

Anum said...

malaysia great country

Dr K said...

saya setuju..tu pasal pak mak arab berduyun duyun dtg sini bercuti

Kakzakie Purvit said...

Sebab itulah sana-sini jalan tempat kita ni banyak muka non-Malaysia. Kadang takut juga kakak apa lagi kalau dgn mat gelap tu..

Anonymous said...

ye ke tu ! leh caya ke hehehe

ummiross said...

Harga pun mesra pelancong kan, kalau kat KLCC ke atau yg lain2 shopping complex yang gah tu, harga tak tercapai dek akal orang tempatan kan Salina.

mama aini said...

ehem rasanya terlampau byk pelancong yg menyalahkan gunakan tiket pelancongan ini utk kegiatan tak bermoral dimalaysia..hu2..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...