Thursday, January 24, 2013

Peristiwa Di Sebalik Kelahiran Nabi Muhammad SAW



Peristiwa Kelahiran Nabi Muhammad SAW


Banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, antaranya:

1. Malaikat Memberitahu

Aminah tidak perasan kehamilannya hinggalah ke 9 bulan, sebab tidak ada tanda atau kesan. Kehamilan Aminah hanya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Setiap malam mimpinya jumpa perempuan-perempuan mulia seperti Siti Asyiah, Masyitah dan lain lain yang memberitahu dia, “Hai Aminah bertuahlah engkau, engkau akan melahirkan anak yang menjadi Nabi akhir zaman.”

“Iya ke? Aku tidak mengandung!” kata Aminah. Hampir setiap malam, beliau bermimpi dan kata-kata itu kerap diulangi, “Hai Aminah bertuahnya engkau, kerana akan melahirkan Nabi akhir zaman.” Aminah hairan, sebab mimpi dan realiti tidak sama, kerana dia berikiran dia tidak mengandung.
 
2. Wajah Ibu Bapa Bercahaya

Abdullah bin Abdul Muthalib yang bakal mewariskan zuriat Nabi akhir zaman telah Allah berikan tanda di dahinya cahaya dari usia kecil lagi. Terutama waktu malam, apabila dia pergi ke mana-mana orang akan nampak cahaya di dahi, mereka berkata, ini Abdullah datang, sebab mana ada orang bercahaya di dahi. Kemudian setelah kehamilan Aminah, cahaya tersebut berpindah daripada wajahnya Abdullah ke wajah isterinya.
3. Semua Makhluk Berkata

Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah SWT memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

4. Mimpi Menakjubkan

Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata, “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.”

Semasa kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Aminah ketika itu ia seperti mendapat isyarat bahawa anaknya, Muhammad akan mempunyai darjat yang lebih tinggi daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman dan ia memiliki kekuasaan yang lebih besar dan membawa ajaran yang telah disempurnakan.

5. Cahaya Terpancar

Semasa Baginda dilahirkan, bondanya Siti Aminah menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti meluncurnya anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

6. Diselimuti Awan
Aminah sendiri melihat Baginda dalam keadaan berbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar suatu seruan, “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik.”

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit kemudian meletakkan tangannya ke tanah lalu bersujud ke arah kiblat sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

7. Bersih Tanpa Darah

Aminah semasa mengandungkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, dia tidak pernah merasa sakit dan susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu hamil yang lain. Waktu lahir, Baginda tidak macam anak-anak lain lahir, jika anak-anak lain emaknya akan rasa sakit dan keluar darah. Ini bersih, elok dan bagus. Anak-anak lain bila keluar menangis, dia tidak menangis malahan tersenyum.

8. Telah Terputus


Aminah juga menyedari kelahiran bayinya tidak seperti anak-anak baru lahir yang lain. Dengan kehendak Allah SWT, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan (bersunat) dan tali pusatnya juga telah siap diputuskan.

9. Kehancuran Tentera Bergajah
Kedatangan tentera bergajah hendak menyerang kota Mekah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil. Ia diketuai oleh Abrahah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah SWT.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

10. Musnahnya Berhala

Dikatakan juga pada malam kelahiran Sallallahu Alaihi Wasallam, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “Telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”

11. Runtuhnya Istana Kisra

Di tempat yang lain pula satu gempa dan goncangan telah berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak seribu, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan penyebab kemusnahan keegoan kekuasaan dan tanda-tanda kejatuhan serta runtuhnya kerajaan tersebut.

12. Padamnya Api Sembahan
Api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah terpadam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

13. Semua Gereja Sanrah Roboh

Berbagai keajaiban di luar jangka telah terjadi pada hari kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, termasuk gereja-gereja batu di sekitar Wadi Sanrah roboh ranap setelah di landa gempa bumi.

14. Lenyapnya Tasik Sava
Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalla, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah ditelan bumi. Maka telah lenyap satu lagi pusat sembahan yang dibanggakan.

15. Berakhirnya Pengetahuan Ghaib

Setelah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

16. Rahmat Seluruh Alam

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa’diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

17. Malaikat Membelah Dada
Ketika berusia empat tahun, sedang Baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.

Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 :


“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?”


Kesimpulan

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah ‘khatamun nubuwwah’, penutup segala nabi. Di samping itu, bukti-bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

Perkara-perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di sisi Allah SWT, sekali gus sebagai bukti Kerasulan Baginda. Maka Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam adalah teristimewa dan tidaklah boleh disamakan dengan mana-mana anak kecil dan manusia lain di dunia ini sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak yang hanya bertujuan memesongkan pemikiran umat dan menidakkan kerasulan Baginda dan keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
  Keterangan Lanjut di Sini: shafiqolbu   

9 comments:

Dr K said...

TQ kongsi sirah nabawi ini...

Unknown said...

Subhanallah...sayangnya Baginda

Dinas Aldi said...

Subhanallah, terima kasih atas perkongsian ini, dik. Ada kisah yg akak pun dah terlupa bila dah tua2 ni, baca ni boleh teringat balik :)

CeqGu said...

terima kasih, cikgu dah baca info ni pagi tadi....sangat baguskan....rupanya byk lagi yg cikgu tak tahu tentang kekasih allah ni

azi said...

Kasih Salina..
terima kasih sangat2 sudi kongsi info yang berharga ni...seseungguhnya nabi kita sebaik-baik manusia dijadikan oleh Allah S.W.T..

eita said...

hebatnyer sejarah kelahiran rasulullah...

YATZAKIE said...

subhanAllah.....rindu pa Rasullullah

musang said...

beruntung kita menjadi umat muhammad

Kayu Manis said...

rindu pada Rasulullah..:

dlm dua tiga hari ni byk juga air mata kak keluar.byk rancangan tv yg berunsur agama mengisahkan ttg Rasulullah.

TQ KS TTG INFO YG BERMANFAAT INI..:)

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...