Sunday, January 27, 2013

Di Sebalik Diri Tun Dr Mahathir Mohamad - Suka Siti Nurhaliza Rupanya


 Di Sebalik Diri Tun Dr Mahathir Mohamad - Suka Siti Nurhaliza Rupanya

PERDANA Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin yang paling lama memegang jawatan ketua kerajaan Malaysia, iaitu 22 tahun, dari 1981 hingga 2003.
 
Sepanjang tempoh itu, Dr Mahathir melalui pelbagai cabaran pahit manis dalam memajukan negara. Dari polisi Pandang ke Timur, Boikot Buy British last dan Wawasan 2020, Dr Mahathir dihormati kawan, digeruni lawan. 

Dalam tempoh pentadbirannya, Dr Mahathir sentiasa melakukan perkara yang tidak pernah difikirkan pemimpin sebelumnya, lantas Dr Mahathir membina Malaysia dari sebuah negara berasaskan pertanian kepada negara berasaskan perindustrian dalam ‘sekelip mata’. 

Ikuti wawancara khas wartawan Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN menyingkap peribadi Dr Mahathir yang mungkin tidak diketahui ramai. 

Bagaimana dengan kesihatan Tun sekarang?
 
Kesihatan saya ada sedikit sebanyak terganggu, sekejap sihat, sekejap tidak berapa sihat. Ya lah kerana umur saya yang lebih. Saya sudah tidak boleh berjalan dengan laju, melompat. Tapi secara keseluruhan, saya bersyukur kerana kesihatan saya masih ok.
 
Makanan kegemaran Tun sekarang, kenapa? 
 
Dulu saya makan semua, tapi sekarang saya kurang makan nasi, saya makan lauk sahaja. Lauk yang saya makan adalah sayur-sayuran. Kegemaran saya sekarang salad. Jadi boleh kata saya vegetarian sekarang.
 
Dulu Tun dikatakan tidak suka gunting rambut dan potong kuku kerana mengganggu tugas, adakah Tun masih tidak suka dua perkara tersebut?
 
Ya, saya masih tidak suka dua perkara tersebut, kerana saya tidak boleh buat apa-apa, lumpuh sepenuhnya. Saya benar-benar tidak suka keadaan itu, tapi sampai satu tahap kita perlu juga gunting rambut dan potong kuku.
Jika tidak kita nampak tidak terurus.
 
Apakah hobi Tun sekarang?
 
Hobi saya sekarang tidak banyak, saya lebih gemar membaca, menulis dan menghabiskan masa lapang bersama keluarga.
 
Bagaimana dengan bahasa Perancis Tun sekarang?
 
(Ketawa), Bahasa Perancis saya tidak berapa bagus, saya cuma menguasai 10 peratus bahasa Perancis. Saya boleh tulis dan membaca dalam bahasa Perancis, tapi saya tidak boleh bercakap.
 
Berapa kuat cermin mata Tun?
 
Sebenarnya cermin mata saya tidak kuat, saya masih boleh membaca walaupun tidak menggunakan cermin mata. Mata saya masih kuat (ketawa).
 
Tun adalah seorang yang penuh dengan idea. Bagaimana Tun mendapat idea, adakah dengan berbincang atau ada cara lain?
 
Kebanyakan idea yang datang adalah dari membaca pelbagai bahan bacaan, tidak kiralah buku biografi, buku cerita, buku politik, buku agama dan pelbagai genre lagi. Kebanyakan buku yang saya baca buku bahasa Inggeris. Tapi saya tidak lupakan juga buku bahasa Melayu. Apa yang penting, nasihat saya, idea yang hebat datang dari pembacaan dan pengalaman kita
 
Perkara paling Tun ingati?
 
Perkara yang paling saya ingat sampai bila-bila adalah hari di mana saya membuat keputusan menceburkan diri dalam bidang politik pada1945. Ingatan itu masih segar dalam diri saya.
 
Apakah perkara paling Tun tidak sukai?
 
Tidak banyak perkara yang saya tidak suka.
 
Tempat kegemaran dilawati Tun?
 
Saya suka melawat Jepun. Kenapa saya suka? kerana bangsa Jepun adalah bangsa Asia pertama yang dapat menewaskan kekuatan ketenteraan Barat. Lawan dengan Rusia, Jepun boleh menang.
 
Walaupun saya tidak suka cara Jepun memerintah Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua, tetapi bangsa Melayu kena meniru bangsa Jepun kerana mereka mempunyai jati diri amat kuat walaupun dalam dunia moden hari ini.
 
Adakah Wawasan 2020 masih boleh dicapai?
 
Boleh dicapai, tetapi dengan beberapa perubahan dan pendekatan tertentu. Saya yakin Wawasan 2020 masih boleh menjadi kenyataan.
 
Tun pakai telefon bimbit jenis apa?
 
Saya pakai iPhone.
 
Artis kegemaran Tun? 
 
Saya minat Siti Nurhaliza.
 
Pasukan bola yang diminati?
 
Saya tidak begitu minat dengan bola, tetapi saya kecewa sebenarnya apabila Harimau Malaya sekarang merosot teruk, berbanding waktu negara mencapai kemerdekaan. Ketika itu pasukan bola Malaysia terkenal sebagai yang terbaik di Asia.
 
Permainan yang Tun sukai? 
 
Saya hanya main kuda sahaja


Sumber: Sinar

12 comments:

dayah ismail said...

hehe..tak sangka tun minat siti..
suka dgr tun cakap..pemimpin yg hebat sgt(^_^)

redza said...

bertuah siti

reyna cikgu pra said...

comelnyer.....terus cakap suka ct

YATZAKIE said...

so sweet la tun..ct tuh..hehe

NzA said...

siti mmg trbaiklh....

Asep Haryono said...

Ass wrb Wb. Tahnia dengan artikelnya hari ini. Saya suka sekali dengan Siti Nurhaliza. Suara emasnya tiada tandingannya. Banyak orang Indonesia sangat suka Siti Nurhaliza. Me too

azi said...

kasih salina..
secara pribadi, akak memang sangat sukakan Tun Dr Mahathir kita ni..sayang dan hormatkan dia sebagai bekas pemimpin dan orang yang lebih tua dari kita....

CeqGu said...

Setuju dgn tun ttg jepun tu.....

Qashmere said...

Siti Nurhaliza yang Tun minat. Tak sangka

Knor said...

senyum..:)

Remy hazza said...

tun mahadhir memang minat siti dari dulu......

Fiza Rahman said...

Owh...baru tahu ☺☺

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...