Wednesday, January 16, 2013

Cerita Awal.. Pertengahan..dan Penghujung


Cerita Awal.. Pertengahan..dan Penghujung


Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang ada hal lain kali yek.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Awak tak boleh buat keee.."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat rendang"
Suami : "Awak ni pemalas laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat kek.."
Suami : "mak ko tu..dari dulu tak pandai masakkk.." 






p/s: Ini cuma cerita lawak jenaka sahaja, tidak semua perkahwinan bermula dan berakhir dengan Cerita Awal.. Pertengahan..dan Penghujung camni. Dalam hidup berumahtangga komunikasi berkesan tu sangat penting.


Sumber: blog geligeli
Image: panoramio.com






12 comments:

Unknown said...

ehehehe best best,boleh jadi panduan nih :p

azi said...

Alhamdulillah....setakat ni tak macam tu lagi.Mungkin baru pertengahan kot (18 tahun)..he..he..

Kakzakie Purvit said...

Kakak tukar Saly...

Awal perkahwinan - malu-malu
Pertengahan - tak ragu-ragu
Akhir perkahwinan - hati sebati menjadi satu

Indah kalau begini kan...

Buat adik-adik so jgn takut indah alam perkahwinan ini:)

Kayu Manis said...

ha ah byk mcm tu pun..sayang2lah..marah2 juga..adat dlm perkhawinan..

manis..masam..pahit..kelat..tawar.semua cukup

Fiza Rahman said...

Hehehe...alam perkahwinan.

Anonymous said...

he he .. ada kot yg mcm tu!

ummiross said...

hehhehe...ada betulnya juga.

Harap2 perkahwinan kita manis hingga ke hujung nyawa.

Dr K said...

kena cuba sebaik mungkin utk sentiasa jadi suami yg sentiasa "di awal perkahwinan".. :)

nazayiena said...

Semoga di awal perkahwinan tu kekal selamanya.

kurus said...

best2 kak ..
TQ sharing ;)

ANIM said...

banyak juga akhir perkahwinan yang lebih hebat dari awal perkahwinan..
bukan apa.. menempuh susah senang hidup bersama, bila dah hujung perkahwinan...pasangan lebih menghargai. harap2 kita jadi begitulah

YATZAKIE said...

sebelum nak tido,baca...pastu senyum sorang2 kak...moga ikatan perkhawinan yg di bina kekal bahagia hingga ke syurga..amin

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...