Friday, January 25, 2013

Marshanda Sinetron Selamat Melahirkan Bayi Perempuan


Marshanda Sinetron Selamat Melahirkan Bayi Perempuan
 
Selain daripada Nia Ramadani, aktres sinetron yang aku suka tengok ialah si Marshanda ni yang khabarnya selamat melahirkan bayi sulungnya.

Aktres berusia 23 tahun itu melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Sienna Amirah Kasyafani, dua minggu lebih awal daripada yang dijadualkan.

"Isteri saya mengadu berasa sakit pada malam semalam, dan saya terus membawanya ke hospital.

"Sebelum ini, doktor menjangkakan isteri saya bersalin pada 3 Februari ini," kata suami aktres tersebut, Ben Kasyafani.

Marshanda dilaporkan melahirkan bayinya menerusi pembedahan ekoran mengalami masalah pada posisi bayi di dalam rahim.

Pasangan suami isteri tersebut melahirkan rasa syukur di atas kelahiran itu dan gembira untuk menjalani kehidupan sebagai ibu bapa.

"Syukur alhamdulillah kerana Marshanda dan anak kami berada dalam keadaan sihat.

"Kami akan membesarkan puteri kami dengan penuh kasih sayang dan melakukan yang terbaik buatnya," jelas Ben. 





3 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah dapat baby.. :-)

Kakzakie Purvit said...

Kakak tak kenal akterss ini Sli sebab mana ada tonton Sinetron tu. Cantik orgnya mesti baby dia cantik.

musang said...

tak kenallah dia ni hehe

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...