Thursday, January 31, 2013

Petua Menyegarkan Buah-Buahan dan Sayuran



Petua Menyegarkan Buah-Buahan dan Sayuran


Kita telah sedia maklum bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran kaya khasiat. Pengambilannya secara berkala mampu menjamin tubuh mendapat zat yang sepatutnya. Namun, ada ketikanya buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada di dapur kurang memuaskan. Jadi, apa yang boleh dilakukan? Jom ikut petua ini.
 

Petua Menyegarkan Buah Buah Epal
Setiap kali memotong buah epal, warnanya cepat berubah menjadi kecoklatan seperti sudah tidak elok. Untuk mengelakkan epal berubah warna dan kekal segar, rendamlah buah epal yang telah dipotong di dalam mangkuk berisi air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam sebelum dihidangkan.
 

Petua Menyegarkan Tomato
Untuk merangupkan tomato yang telah terlalu ranum dan sedikit lembik, rendamkannya di dalam air sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Hasilnya, tomato akan kembali segar.
 

Petua Menyegarkan Brokoli

Tahukah anda bawa brokoli yang sudah kuning masih boleh digunakan. Caranya ialah dengan memasukkan brokoli tersebut ke dalam mangkuk yang diisi penuh dengan air sejuk. Biarkan selama satu jam. Brokoli akan kembali hijau dan sedia untuk dimasak.


Sumber: Pa&Ma


6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Petua utk tomato dan brokoli tu kakak tak tahu - thanks lain kali akak boleh cuba.

Anum said...

great....

Kayu Manis said...

ooo ye ke..kak suka buah tomato..byk juga simpan..setakat ni belum lembik lg lah..beli tomato organik..

tq pd petua ni ye..

nanti dtg kl bolehlah kak jamu dgn tomato..sentiasa ada stok..

musang said...

eh boleh hijau balik brokoli tu ye

Kamsiah yusoff said...

laa...akak baru ja campak ke tong sampah sebiji brokoli yg telah kuning hehe....

Fiza Rahman said...

Baru tahu. Thanks.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...