Thursday, January 31, 2013

Nazmi Faiz Balik ke Liga Malaysia Semula


Kenangan bersama pemain Beira Mar FC
Terkejut? Mana tak terkejut, elok-elok si Nazmi Faiz ni bermain dengan salah satu kelab terkemuka di Portugal iaitu Beira Mar FC (walaupun dia bermain dengan skuad remaja kelab itu buat masa ini), tetiba pulak dapat satu berita hangat sekali lagi (selepas satu lagi berita hangat berkaitan peribadi nya: Part 1 & Part 2). Mana tak hangatnya, Nazmi Faiz telah ditawarkan kontrak yang lumayan termasuk menebus balik kontrak 3 tahun dengan kelab Portugal tersebut untuk balik bermain di Liga Malaysia. Oh tidak...kelab tersebut pulak merupakan salah sebuah pasukan yang pernah diwakili oleh Lagenda Bola Sepak Malaysia - Mokhtar Dahari!

Kecil-kecil cili api, sebaris dengan pemain tempatan Portugal
Untuk info sehingga ke saat ini Nazmi dah dianggap sebagai pemain regular dalam skuad bawah 19 tahun kelab Beira Mar itu, apabila telah tampil dalam 17 perlawanan, menjaringkan satu gol tidak lama selepas ulangtahun kelahirannya.

Saksikan gol paling menarik dijaringkan oleh Nazmi Faiz Mansor




6 comments:

Unknown said...

muda2 dah hebat..tapi sayang,kisah peribadinya mencalarkan sedikit persepsi penyokong terhadap nazmi.

ummiross said...

Hehe..rendah je kan, tapi tetap mantop!

Farah Waheda Wahid said...

oooo.... dia ni pemain bola sepak rupanya...baru lah saya tau...ekekeke...nampak sangat x kenal dan x minat bola kan?

Fiza Rahman said...

Harap2 masalah peribadi tak mengganggu prestasi permainan.

Angah said...

harap-harap terus fokus pada bola sepak, pempuan-pempuan belakang kira, umo pun muda lagi, paling tidak fikirkan dulu hal nak ambik SPM

Kasih Salina said...

Player yg hebat tak ramai kt Malaysia, so kalau tak ada SPM biasanya gaji dia main bola pun dh cukup besar. Gaji pemain import di Malaysia pun dah cecah RM20-30k sebulan..jadi Nazmi ni dah kira bleh jadikan profesion dlm sukan bola sebagai pegawai sukan (coaching). Benda ni semua boleh diatur tanpa kelulusan SPM sekalipun..asalkan ada lesen kejurulatihan

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...