Monday, January 21, 2013

Rozita Che Wan dan Zain Saidin ada Hubungan Serius Tapi Belum Bertunang


Rozita Che Wan dan Zain Saidin ada Hubungan Serius Tapi Belum Bertunang
 
Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 41, menyangkal dakwaan dia sudah bertunang dengan pelakon Zain Saidin seperti yang dihebohkan.

Menurut kata Che Ta, mereka memang serius menjalin hubungan tetapi belum ke tahap risik merisik atau bertunang.

“Pada saat ini hubungan kami masih lagi di peringkat mengenali hati budi masing-masing, biarpun sudah lama berkawan. Kalau ada jodoh, adalah. Biar Allah yang tentukan semuanya.

Ketika ini dia masih sibuk dengan kerjaya lakonan dan tidak ada masa untuk memikirkan soal perkahwinan. Bagaimanapun tidak menolak kemungkinan jika jodohnya bersama jejaka berdarah kacukan itu.

“Seperti yang peminat tahu, itu merupakan pendapat Zain secara peribadi. Harapan saya agar peminat sentiasa mendoakan kebahagiaan kami, katanya Che Ta.

Zain baru-baru ni dalam satu temu bual memberitahu yang hubungannya dengan Che Ta memang serius dan kalau ada rezeki, mereka akan berkahwin pada tahun ini.
 
 
 
 

6 comments:

Harith Iskandar said...

mcm xyakin jer hubungan mcm ni :)

Anum said...

ermmmmmmmm
akhirnya

Angah said...

che ta ohh che ta

suri solehah said...

umur yang lelaki tu berapa ye?

Knor said...

YE KE..ELOK SGTLAH TU..KAN

hainom OKje said...

tahniahlah Zain dan che Ta... moga bahagia ek!

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...