Tuesday, January 29, 2013

12 Peserta Program Realiti Agama Da'i Bakal Melahirkan Pendakwah Serba Boleh


12 Peserta Program Realiti Agama Da'i Bakal Melahirkan Pendakwah Serba Boleh
 
PROGRAM realiti terbaharu TV3, Da’i: Pendakwah Milenia diterbitkan untuk mengasah 12 peserta yang dipilih untuk menjadi pelapis pendakwah. Berbeza dengan program Imam Muda di Astro Oasis yang lebih memfokuskan untuk mencari pelapis imam.

Ini diakui oleh penerbit Da’i: Pendakwah Milenia sendiri, Shukri Ibrahim, apabila ditanya mengenai kelainan yang cuba ditonjolkan melalui program tersebut.

Jelasnya: “Kami hanya mencari da’i (pendakwah) bukannya imam. Kini, ramai orang mencari tempat untuk menuntut ilmu sedangkan pendakwah muda dilihat kurang. Ia adalah tanggungjawab sosial kami untuk mencari generasi pelapis golongan pendakwah selain memartabatkan program keagamaan di TV3.”

Mengulas mengenai tugasan yang bakal dihadapi oleh peserta, ujar Shukri, seramai 12 peserta yang dipilih perlu melakukan tugasan seperti berceramah, mengimarahkan masjid, membimbing adik angkat di sekolah agama berasrama dan sehari bersama saudara baharu.

Seramai 12 peserta yang dipilih ialah Nasaruddin Samsudeng, Che Faizal Amir Che Mat, Mohd. Taqwudin Mohd. Yazid, Noraida Jamlie, Mohamad Azamudin Zainal, Mohamed Hazwan Padzil, Muhammad Haizat Kamaruddin, Khairul Amar Samsuri, Mohamad Shazwan Zakaria, Ahmad Kahirul Ikhwan Abdullah, Nor Adibah Razain dan Muhammad Tajdid Hadhari Romli.

Jelas Shukri, apa yang pasti, keutamaan program Da’i yang bakal bersiaran sebanyak 13 episod itu pastinya menguji keupayaan minda dan bakat berdakwah 12 peserta Da’i: Pendakwah Milenia.

“Kesemua peserta nanti akan berdepan cabaran berat dalam melaksanakan 11 tugasan untuk dinilai oleh dua juri tetap dan juga juri jemputan setiap minggu.

“Hanya seorang sahaja yang layak menyandang gelaran juara Pendakwah Milenia dan juga berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000,” ungkapnya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar.

Dua juri tetap Program Da’i: Pendakwah Milenia iaitu Zainal Ariffin Ismail dan Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie bakal bertanggungjawab menilai keterampilan semasa peserta dan pemarkahan tugasan yang diberikan.

Da’i: Pendakwah Milenia bakal diacarakan oleh pengacara popular, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin manakala untuk segmen khas mingguan ia akan diacarakan oleh Mohd. Zhafran Mohd. Zainuldin dan Muhamad Hilmi Idris.

Da’i: Pendakwah Milenia mula bersiaran langsung pada 19 Januari 2013, setiap hari Sabtu, pukul 6 petang.

 


Kosmo
 

6 comments:

Farah Waheda Wahid said...

nasib hari Sabtu...boleh la tengok time2 macam tu... ^_^

Kakzakie Purvit said...

Kakak terlupa nak tengok Sali. Masa dah siap makan petang tu sementara nak tunggu maghrib baru kakak on tv dah yg last da'i - rugilah. Minggu ini kakak nak tengok.

ANIM said...

kak tak pernah tertengok lagilah...

NzA said...

bagus adakan program ilmiah mcm nie....

Anonymous said...

baguslah ada program2 sebegini kalau tidak sibuk dok program cari bintang aje hehehe

Ann Ishak said...

belum pernah lagi saya tengok rancangan ni, ingat nak tengoklah sabtu ni

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...