Friday, February 24, 2012

Yusry, Lisa Surihani Selamat Diijab Kabul




Info

1. Yusry Abdul Halim, sah menjadi suami kepada pelakon wanita popular, Lisa Surihani Mohamed hanya dengan sekali lafaz, mungkin pengalaman mengatasi segala debaran.
2. Bertempat di Hotel Marriott, Putrajaya jam 9 malam tadi
4. Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, abang sulung Lisa Surihani, sebagai wali.
5. Majlis yang bertemakan Winter Garden. Mesti honeymoon nanti tempat ada winter.
6. Lisa Surihani menerima seutas rantai leher platinum sebagai mas kahwin.
7. Wang hantaran tidak didedahkan, sebagai rahsia sahaja antara kedua belah pihak.
8. Majlis yang dihadiri 250 tetamu terdiri daripada kaum keluarga kedua belah pengantin.
9. Lisa Surihani menerima tujuh dulang hantaran termasuk tepak sirih, cincin, kelengkapan solat, manisan dan kek.
10. Yusry menerima sembilan dulang antaranya cincin, bunga rampai, kelengkapan lelaki, keyboard, koleksi lagu-lagu lama The Beatles dan kek berbentuk gramofon.
11. Pasangan itu akan berbulan madu di Eropah selepas majlis resepsi Ahad ini (aku dah kata dah!).
Tahniah, dan selamat berbahagia..



2 comments:

mama aini said...

ehem..beruntungnya yusry dpt berkahwin dgn lisa yg cantik..semuga berkekalan selama2nya..amin..untung honeymoon kat eropah..

Kasih Salina said...

hihi..bila lah saya nk ke eropah..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...