Thursday, February 16, 2012

Peringatan Untuk Ibu Bapa


Dua orang cahaya mataku...Kamila dan Kashif


Anak adalah AMANAH dari Allah s.w.t untuk pasangan suami isteri yang dikurniakan cahaya mata.Sebagai ibubapa, kita seharusnya bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebu.

Hadis Rasulullah SAW: “Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Kedua ibu bapanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani mahupun seorang Majusi.” – riwayat Bukhari dan Muslim.

Menurut Hadis tersebut, kita sebagai ibu bapa kena bijak bertindak kerana pilihan sememangnya di tangan kita untuk mencorakkan mereka..Peringatan untuk diri sendiri dan ibu bapa diluar sana juga, ibu bapa adalah contoh yang paling dekat untuk anak-anak meniru atau mengikut segala perbuatan, perlakuan dan pemikiran kita.  

Mari kita semua berfikir sejenak dengan pesanan daripada Peguam Syarie Malaysia, Pn. Suzana Ghazali.

Jika anak hidup dalam kesabaran, dia belajar jadi penyabar.
Jika anak hidup dalam pujian, dia belajar menghargai.
Jika anak hidup dalam penerimaan, dia belajar untuk menyayangi.
Jika anak hidup dalam persetujuan, dia belajar menyayangi diri.
Jika anak hidup dalam galakan, dia belajar jadi yakin.
Jika anak hidup dengan ilmu, dia belajar memahami pesekitaran.
Jika anak hidup dalam pengiktirafan, dia belajar membina matlamat hidup.
Jika anak hidup dengan kata-kata yang baik, dia belajar berfikir dengan baik.
Jika anak hidup dengan kemahiran, dia belajar berdikari.
Jika anak hidup dengan adab, dia belajar sopan santun.
Jika anak hidup dengan keyakinan, dia belajar membina jati diri.
Jika anak hidup dengan penghargaan, dia belajar membina maruah diri.
Jika anak hidup dengan kebersihan, dia belajar peka terhadap penyakit.
Jika anak hidup dengan kejayaan, dia belajar erti kebenaran.
Jika anak hidup dalam keselamatan, dia yakin pada diri dan orang lain.
Jika anak hidup dalam kemesraan, dia belajar dunia tempat memberangsangkan.
Jika anak hidup dengan doa, dia belajar apa erti hidup sebenarnya.
Jika anak hidup dengan al-Quran, dia belajar mengenali Tuhan.
Jika anak faham Al-Quran dan Hadis, dia faham apa itu akhirat.
Jika anak hidup dalam kritikan, dia belajar menyalahkan orang lain.
Jika anak hidup dalam kekerasan, dia belajar melawan.
Jika anak hidup dalam caci maki, dia belajar jadi pembenci.
Jika anak hidup dalam iri hati, dia akan belajar salahkan orang lain.
Jika anak hidup dalam menderita, dia akan belajar putus asa.
Jika anak hidup dengan hukuman, dia akan jadi pendendam.
Jika anak hidup dalam penghinaan, dia akan membina maruah diri yang rendah
Jika anak hidup dengan sumpahan, dia hanya faham maksud kegagalan.
Jika anak hidup dengan air mata, dia belajar dunia hanya ada derita....


6 comments:

aReLaN said...

peringatan untuk sume.ibu bapa la yang mencorakkan anak2 kan.so,buatlah yang terbaik sebab anak2 adalah aset penting kedua ibu bapa dunia dan akhirat.

teratai said...

dan tak salah ibu bapa menerima teguran anak-anak jika boleh membina peribadi mulia n hubungan akrab antara keduanya.

Rozuan Ismail said...

anak itu anugerah Allah SWT. hargai mereka

Salina said...

aReLaN..tu lah besar nya tanggungjawab sbg ibu bapa...

Salina said...

teratai..betul tu, bukan semua ibu bapa boleh terima teguran anak2 (jika anak berada dalam situasi yg benar)..tapi kita ada cara dan kaedahnya..ye tak..

Salina said...

Rozuan, selagi kita mampu..usahakan yg terbaik demi masa depan mereka..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...