Thursday, February 2, 2012

Sayangi dan Kasihi Anak-anak Kita Ketika Kecil


Mengapa aku kata sayangi anak2 ketika masih kecil? Kenapa tidak ketika mereka sudah besar, besar pada usia remaja, dewasa...?

Sebabnya semuanya bermula ketika anak masih kecil, ketika itulah mudah kita membentuknya..menyayanginya (sebelum dia menyayangi insan lain) bak kata pepatah Melayu.."Melentur buluh biarlah dari rebungnya.."

1. Namakan anak anda dengan nama yang baik..Panggilah dengan nama itu sepenuhnya dan panggilan yang baik-baik saja.
2. Berikan anak anda pelukan setiap hari...dikatakan IQ akan lebih baik, anak akan rasa dihargai, tidak degil.
3. Puji atau peluk anak anda jika dia melakukan kebaikan/ buat perkara yang betul/ pandai dalam sesuatu perkara, dia akan lebih terasa dihargai, ingin membuat lebih baik lagi..atau sekurang-kurangnya tahu dia dia mendapat perhatian daripada ibu bapanya.
4. Senakal mana anak anda, jangan sesekali mengeluh. Biar betapa letihnya kita...sebaiknya mengucap sesuatu yang lebih baik.
5. Ingatlah...anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali. 



9 comments:

kakyon said...

terasa syahdunya n3 ini.mungkin banyak perkara akk yg terlepas pandang..huhu

Ibu Lala said...

syahdunya baca entry ni. tima kasih atas ingatan. semoga kita semua akn menjadi ibu yang mithali dan diberkati ilahi.

Errah said...

stuju sgt2..bila da besar nak ubah pun dah susah..

mama aini said...

assalam salina..betul dr kecil kita kena melenturnya..Thanks ingatkan..

Salina said...

kakyon: masih belum terlambat selagi kita bernafas kan..

Salina said...

Ibu Lala: sama..mudah-mudahan Allah s.w.t mempermudahkan niat murni kita sebagai ibu ye..

Salina said...

errah: ye..betol..tapi selagi kita bernama ibubapa, wajib berusaha kan untuk keberkatan hidup anak2 kita..

Salina said...

wkumsalam mama..sama2..tp mama lagi senior..byk kena belajar dgn mama ni..

KhaiRin : anies said...

setuju sgt2...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...