Thursday, February 16, 2012

Ulfah Bakal Isteri Imam Muda Hassan






Tahniah kepada Imam Muda Hassan yang akan menamatkan zaman bujangnya dan bakal melangsungkan perkahwinan pada 17 Februari 2012 nanti dengan memilih Fadatul Ulfah Jamali sebagai penyeri hidupnya. Khabarnya, 17 Februari 2012 dipilih bersempena dengan tarikh kelahiran IM Hassan yang ke-27 dan majlis perkahwinan akan dilangsungkan di Masjid Al Maarufiah, Kampung Parit Baru, Sabak Bernam selepas solat Isyak. Jarang sekali kita dengar pengantin nikah waktu malam kan. Mungkin juga lebih lagi keberkatannya?

Rata-rata peminat IM Hassan sudah mengetahui berita gembira ini melalui Facebook IM Hassan beliau. Bakal penyeri hidup beliau merupakan seorang pelajar Sarjana dalam bidang Usuluddin di Universiti Malaya. Perkenalan IM Hassan dan Ulfah bermula sejak berakhirnya rancangan Imam Muda 2 melalui seorang kenalan.
Sungguh bertuah Imam Muda & Ulfah kerana Videografi dan fotografi mereka akan ditaja sepenuhnya oleh Azmi Central (Studio Mukmin). Manakala set persalinan pengantin pula ditaja oleh Rins Suzana, iaitu bridal yang selalu menjadi pilihan ramai. Bakal-bakal pengantin dan pengantin lama mungkin kenal penaja tersebut.

Sedikit info, Imam Muda Hassan mempunyai kolumnya sendiri di Harian Metro Ahad yang dinamakan Kalam Imam Muda Hassan. Ataupun boleh juga terus ke blog baru Imam Muda Hassan

~Tahniah Buat Imam Muda Hassan & Ulfah~


1 comment:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...