Thursday, February 23, 2012

Tips Nak Kekalkan Kesegaran Sayur Taugeh



Dah lama tak menulis pasal tips dalam kehidupan seharian kita, hari ni kita ada buat Laksa Sarawak dan taugeh merupakan bahan utama jugak la untuk menu laksa Sarawak. Bagi peminat sayur taugeh mesti geram tengok sayur taugeh yang gebu-gebu kan. Tapi kita & hubby suka sayur taugeh yang kurus-kurus cam gini hah.. hihi..

gebu ker, kurus ker, janji sayur taugeh namanya..ok la, sayur taugeh ni susah juga nak simpan lama-lama walaupun simpan dalam peti ais. Kalo ikut cara kasihsalina.com, mudah jer..masa korang beli sayur taugeh kat pasar tu, mintak sayur taugeh yang kering, jangan ambik yang penjual tu dah rendam dalam air. Kalau beli yang dah rendam dalam air tu, tahan 2 hari jer, pastu buruk & busuk dah kan..

Dah balik kat rumah, korang simpan la dalam surat khabar atau dalam plastik pun boleh. Lepas tu simpan jer lah dalam peti ais macam biasa.. Insyallah, sayur taugeh anda akan tahan 4-6 hari (bergantung kepada berapa lama dah taugeh tu bercambah).

Selamat Mencuba...



4 comments:

Aine Ainun said...

Kalo yg basah mmg cepat busukla, kalo yg kering, tahanla;)

Salina said...

Aine Ainun..memang btol tu..kalo ada cara / kaedah lain lagi..blh la kongsi kat sini ye..

mama nor lara said...

thanks salina atas info ni..

Salina said...

sikit info daripada saya..biasanya org tau dah tp sekadar mengingat..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...