Wednesday, February 1, 2012

Safee Sali Gaji RM90,000 Sebulan!

Gambar NST
Akhirnya teka-teki ke mana hala tuju Safee Sali terlerai sudah, selepas satu sidang akhbar khas. Terkejut juga aku sampai RM90,000 sebulan gaji penyerang tersohor Malaysia ni. Iyerrr, bukan aku tak tahu yang harga macam tu taklah mahal sangat pun kalau nak banding dengan footballer yang main kat BPL, Serie A atau Bundesliga..Spanish Primera jangan lupa k. Tapi maksud aku harga tu memang lumayan buat player yang datangnya dari negara kita ni dan bermain kat negara 'seteru' bola sepak kita pulak tu- Indonesia!

Banyak boleh dibuat dengan RM90,000 tu (gaji dikira dalam USD so dikira sebagai USD30k), mesti player bagus macam Safee yang dah dalam fasa 'matang' tak nak terlepas peluang selumayan ni.

Gambar NST

Apapun tahniah buat Safee sebab dengan kontrak baru ni selama 2 tahun lagi dia akan dapat beberapa faedah yang termasuklah pakej bonus untuk setiap perlawanan, disediakan sebuah rumah, sebuah kereta (kalau tak silap aku sebuah MPV mewah), seorang pemandu khas dan segala perbelanjaan ulang alik KL-Jakarta akan ditanggung sepenuhnya oleh kelab Pelita Jaya. Wahh...tapi ada banyak lagi faedah lain yang payah aku nak cakap terma dan kontraknya, apapun kalau nak tahu total kesemuanya berjumlah lebih RM2 juta!




6 comments:

Huda said...

bertuah badan, yang empunya diri lebih tau apa yang terbaik untuk diri dia kan..

Salina said...

Yer betul tu Huda..bertuah badan Safee..bertuah lagi badan isteri dia...

kakyon said...

tuah ayam nampak di kaki..tuah safee pun juga di kaki..:)

mama aini said...

ehem bertuah nya jadi safee sali..he2x..

Salina said...

kakyon:haha..tepat sekali tu..cam kena jer simpulan bahasa tu..

Salina said...

mama aini: dia kena bajik melabur duitnya, barulah idup senang sampai ke tua..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...