Wednesday, February 15, 2012

Wajah-Wajah Artis Dah Berhijrah




Peringatan untuk diri sendiri dan juga sahabat Muslimin & Muslimat, wajah-wajah artis pujaan ramai di atas pernah popular satu ketika dahulu telah pun berhijrah ke jalan Allah s.w.t....kita pula bagaimana??? Masihkah ada pintu taubat untuk kita??? Zalim pada diri sendiri rasanya jika tertanya-tanya Masihkah ada?..Sebetulnya, laksanakan dan buat bersungguh-sungguh untuk mencari keampunan dari Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Pengampun & Mengasihani Hambanya..


1. Bob Lokman - bekas pelakon, pelawak, komposer

2. Ustaz akhil hayy - bekas penyanyi rock (80-an) 'D Riyadh'

3. Megat - bekas penyanyi kumpulan ACAB

4. Azmeer Mustafa - bekas pelakon filem 'Ali Setan'

5. Ustaz Radzi - bekas penyanyi rock 'Melissa'

6. Iwan Syahman - bekas penyanyi dangdut

7. Izam - bekas vocalis kumpulan E.Y.E

8. Sham kamikaze - bekas gitaris kumpulan 'kamikaze'

9. Mel - bekas penyanyi kumpulan 'Wings'

(sekadar menampilkan beberapa wajah)

:: Hidayah itu milik Allah ::

Hidayah Allah ibarat kunci yang hadir daripada-Nya. Kunci kepada sebuah pintu kebaikan. Pintu tersebut hanya akan terbuka apabila orang tersebut BERUSAHA untuk membukanya. Sekiranya tidak, maka pintu tersebut akan tertutup selama-lamanya -melainkan apa yang dikehendaki-Nya- walau kunci pernah berada di tangannya...

>>Sentiasalah berdoa<<

" ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا و هبلنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب "

Maksudnya : Ya Tuhan kami, jangan kau pesongkan hati kami (ke arah kejahatan) setelah kau memberikan petunjuk kepada kami dan kurniakanlah rahmat kpd kami; sesungguhnya kau lah Maha Pemberi Kurnia.
Sumber: Studio.muslim

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...