Friday, February 24, 2012

Gambar Kawin Imam Muda Hassan & Ulfah


Tahniah kepada Juara Imam Muda Musim ke-2, Imam Muda Hassan yang telah melansungkan majlis perkahwinannya pada Jumaat minggu lepas, 17 Februari 2012 dan 18 Februari merupakan majlis di pihak perempuan. Majlis sambut menantu pula dijadualkan pada April nanti.

Pada hari pernikahan mereka berdua juga merupakan ulang tahun kelahiran Imam Muda Hassan yang ke 27. Fardatul Ulfah Jamali merupakan bakal Guru. 

Imam Muda Hassan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 666 dan hantaran RM 9999. Pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 dulang dari pihak pengantin perempuan. Pasangan bahagia ini berhubung hanya melalui SMS dan mahu bercinta selepas kawin. Semoga mereka berdua hidup dalam keberkatan dan bahagia hingga ke akhir hayat.
Sabar menanti & setia menunggu untuk sah bergelar sebagai isteri.
Apa agak-agaknya Tok Kadi tu cakap sampai tergelak Iman Muda Hassan ni.
Menunaikan solat sunat selepas akad nikah tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t
Doa memohon mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.
Ciuman Kasih dari seorang isteri kepada suami tercinta
Membatalkan air sembahyang selepas bergelar suami isteri yang sah.


Sumber: Studio.muslim



7 comments:

aReLaN said...

jeles tul tengok gambar orang kawen.nak kawen gak.waaaaa

Salina said...

hihi, kena bg tabung aritu penuh..

mama nor lara said...

Tahniah buat imam muda Hassan & pasangan..semuga berkekalan hingga akhir hayat..amin..

Salina said...

insya-Allah sampai doa tu amin...

..::..aRe-Na..::.. said...

akhirnya kan,imam hassan dh kwen..
smg kekal hingga ke akhir hayat,amin..

Salina said...

..::..aRe-Na..::..
lepas ni Imam Muda yg lain pulak...

dhiera said...

tahniah buat imam muda dan isteri~ barakallah

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...