Thursday, February 16, 2012

Gara-gara Teguran KasihSalina.com Rayuan BR1M Dilanjutkan



Adakah disebabkan 'ehem' aku minggu lepas maka Datuk Seri Najib nak lanjutkan lagi tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M. Ehhh, takkan kot...aku rasa jutaan 'calon pengundi' di luar sana yang banyak memainkan peranan menggesa dan mendesak supaya tempoh 'mendayu' ni dilanjutkan lagi. Alasannya sama macam apa yang aku fikirkan dalam entry (n3) sebelum ni. Tapi yang pastinya memang isu aku tampilkan minggu lepas tu menjadi hot topic di kampung2 dan 3 buah Felda berdekatan sini. Sila klik ---> Semak Keputusan Online BR1M

**Sedikit petikan daripada Utusan Malaysia

Kerajaan sedia lanjutkan tempoh rayuan BR1M - Najib

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersedia melanjutkan tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada mereka yang layak selepas 15 Mac ini.

"Yang layak, boleh buat rayuan dan diteruskan sampai 15 Mac tetapi kalau ada lagi, boleh sambung.
"Ini supaya semua yang ditafsirkan layak boleh menerima bantuan BR1M,"



No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...