Thursday, February 23, 2012

Gambar Nikah Lisa Surihani & Yusry


Tahniah Buat Lisa & Yusry 

23 Februari 2012 merupakan tarikh istimewa & hari bahagia buat pasangan Raja Sehari Lisa Surihani & Yusry KRU. Dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed (26) bersama pasangannya pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim (39) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya, tepat jam 9:01 malam tadi. 
Majlis dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat kedua-dua pasangan pengantin ini dan wakil dari pihak media.

Majlis dimulakan tepat pada pukul 9:05 malam dengan upacara membalas pantun mengikut adat resam orang Melayu lama. Lisa Surihani tampak sangat anggun mengenakan busana baju kurung moden rekaan COSRY yang berwarna “Off White” manakala Yusry segak sekali mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufil Tailor yang mana sampingnya direka oleh Nuratikah Songket.

9 dulang hantaran telah diberi oleh Lisa berupa tepak sirih, sebentuk cincin, bunga rampai, kelengkapan lelaki, set kelengkapan sembahyang, keyboard, koleksi lagu-lagu The Beatles dan kek berbentuk Diaphone. Dibalas dengan 7 dulang hantaran oleh Yusry berupa tepak sirih, sebentuk cincin, mas kahwin berupa seutas rantai platinum, wang hantaran, kelengkapan sembahyang, manisan berbentuk kristal, kek perkahwinan berperisa vanila. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran menjadi rahsia la pulak.

Ahad nanti, akan berlangsungnya majlis resepsi buat mereka berdua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran jemputan seramai 1500 tetamu. Pasangan bahagia ini akan berbulan madu di Eropah sebaik sahaja majlis resepsi selesai diadakan. 

4 comments:

Rozuan Ismail said...

tahniah buat lisa

Salina said...

Yer tahniah..erm lisa sorang eh? lain mcm bunyi ehehehe

mama nor lara said...

ehem mesti meriah majlis diaorg tu nanti..

Salina said...

ni akan jadi majlis yg dinantikan..kadang2 saya sajer share benda mcm ni..lgpun perkara baik untuk dihebahkan..yg lain saya tak nak komen...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...