![]() |
"Giler..best tau kete nih!"..(Gambar Utusan) |
Dia ada..korang ada? Huh, korang kenal Sapiah
Aping, dia baru berusia 45 tahun, dalam usia tu kalau jadi pegawai kerajaan (anggaplah selepas graduate first degree terus dapat kerja Gred 41)..mesti dia belum tentu layak pakai Mercedes Benz E200 ni. Apapun kalau usahawan berjaya, dalam usia ni memang dah padan kalau mampu pakai kereta mewah macam ni. Sapiah (seperti gambar di atas) menunjukkan isyarat bagus ketika berada di dalam kereta
Mercedes Benz E200 yang SEBENARNYA dimenanginya hasil cabutan hadiah utama bulan
Januari, Sijil Simpanan Premium (SSP), di Seremban, Negeri Sembilan.
Menurut Utusan lagi, Sapiah merupakan Orang Asli pertama memenangi cabutan SSP. Dia seorang penoreh getah yang 'berjaya'..kenapa aku kata berjaya..ada dua sebab. Pertama, dia simpan duit lebihan kutipan susu getah yang terjual untuk masuk Cabutan SSP, yang Kedua..dia menang kereta mewah hasil daripada Cabutan SSP itu yang baru dimasukkan pada akhir tahun lepas...wah caya lah! Masuk SSP kejap jer, dah menang. Khabarnya dia tak nak jual kereta tu sebab nak simpan sebagai kenangan...sementara tunggu dapat lesen kereta dia nak bagi kat adiknya tolong bawak nanti...selepas dapat lesen, dia akan bawak kereta ni untuk pergi menoreh getah, apa salahnya kan..
10 comments:
memang rezeki dia kan.bestnya la
baru hang tau naa...
murah betul rezeki dia~
arelan..tu lah..kita tak tahu nasib kita...kalau dpt kt arelan akan jual terus tu buat belanje kawin..
jaha..sama2 tau hehe2..
dhiera..mesti best!
ehem bertuahnya dia dpt mercedes.. :)
bertuah ye dia mama..
rezeki dtg menderum....alangkah indahnya kalau kete tu milik akak....hi.hi.hi...berangan.
NzA..akak siapa tahu rezeki kita yer..?
Post a Comment