Wednesday, February 22, 2012

Resepi Karipap Ranggup



Salam semua.. sebelum ni kita suka jugak menulis resepi untuk koleksi diri sendiri dan nak cuba jika ada masa-masa terluang. ada ke masa tu? entahlah, sejak dah ada baby no.2 ni, jadi kelam kabut semuanya, tambah lagi adik (Kashif) dah pandai menyelongkar almari pakaian, hari2 kena susun semula, bazir masa tau..ok la, kali ni terjumpa resepi Karipap yang mudah skit la nak membuatnya. Dah pernah cuba buat sebelum ni, menjadi la jugak, siap bubuh lemak sayur lagi tu untuk menambah kelembutannya.



Resepi Karipap Ranggup (untuk 36 biji)

BAHAN-BAHAN:

500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula
1 st Garam
2½ sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan bersama - majerin + minyak)
1/2 cawan Air (guna air sejuk dalam peti ais)
1 biji telur 

CARA-CARA:

Step 1
Campurkan kesemua bahan-bahan kering (semua tepung, gula & garam).
Tuangkan minyak + majerin panas & gaul rata.
Tuangkan air sedikit-sedikit sehingga membentuk doh lembut.

Step 2
Bahagi doh kepada bebola kecil.
Leperkan & isi dgn inti kesukaan (inti keledek+daging).
Buat sehingga habis.

Step 3
Goreng dengan minyak yang banyak sehingga garing. Ada orang bagi petua kat kita kalau nak goreng karipap, masa minyak tengah sedikit panas terus masukan karipap supaya hasil karipapnya tidak berkerutu bila dah masak.

Nota: Selepas doh di uli, perapkan doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nye mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh.

Untuk Inti Keledek (resepi inti ni dari mak mertua kasihsalina.com tau)

3 biji keledek saiz besar - potong dadu
2 biji kentang saiz besar - potong dadu
Sedikit isi ayam/daging - cincang2 sikit atau dadu jer.. (agak-agak la banyak mana yang korang nak)
3 sudu besar udang kering - ditumbuk halus (penambah kesedapannya)
3 sudu besar serbuk kari - campurkan dgn sikit air (jadi pes)
2 sudu besar cili kering kisar
6 biji bawang merah (tumbuk/blend)
garam dan gula secukup rasa
3 urat kacang panjang (jika suka)
3 cawan air

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis cili kering kisar, bawang, dan pes serbuk kari hingga garing. Kemudian, masukkan ayam/daging dan tumis sampai masak.

2. Masukkan kentang dulu dan gaul rata, kemudian masukkan keledek dan air, garam & gula. Kacau sentiasa hingga masak. Setelah masak dan inti agak kering, tutup api dan sejukkan.


Sumber: resepi ros @ jintanmanis.com



4 comments:

dhiera said...

teringin sangat~

Salina said...

dhiera: try lah buat,sy & famili peminat karipap jugak..

mama nor lara said...

ehem terliur mama tgk pic.karipap rangup ni !!..dapur mama dah lama tak berasap..hu2x..

Salina said...

saya suka karipap rangup..isi yg sedap..masalahnyer yg ni payah dapat..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...