Thursday, November 1, 2012

Kisah Siput Balik Raya




Wah, lama jugak aku tak update blog ni selepas balik dari Raya Aidiladha dan tiba-tiba nak bercerita kisah dongeng kanak-kanak berkenaan dengan siput pulak. Ini bukan cerita dongeng, cuma sebagai kisah simbolik dengan kesesakan teramat teruk bermula dari Besut (pada Ahad lepas)...dengan kelajuan pecutan antara 5-20km/j sahaja..alahai, macam nak give up jer balik waktu tu. Memang pada masa tu, kalau sesiapa yang balik kampung sejauh 50km sahaja, boleh senang-senang memintas barisan kenderaan penumpang yang bergerak seperti siput. Segala kenderaan siput beratur panjang sejauh mata memandang. Ada siput kecik, siput besar, siput panjang, siput bulat...macam-macamlah. Kebanyakan siput-siput yang kurang penyabar sikit berubah menjadi seperti pembuli, memotong dari arah kiri dan sebagainya.

Sesampai jer di rumah, selepas 15 jam perjalanan pintas memintas segala siput tu (campur tolak dua kali berhenti tidur, beberapa kali rehat dan rawat).. suami aku pulak demam sampai serak suara. Kamila dan Kashif memang tak cukup sihat lagi. Pengalaman perjalanan bersama segerombolan siput pada hari tu dengan pengakhiran yang selamat tanpa berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini (syukur Alhamdulillah), benar-benar menguji mental, dan fizikal apatah lagi dengan 2 orang anak yang masih belum kebah demam.


2 comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...