Tuesday, November 20, 2012

Prosedur Urusan Kematian di Makkah al-Mukarramah


Perkuburan Ma`la Makkah Mukarromah


  1. Maklumkan kepada pihak agensi umrah atau haji anda tatkala berlaku kematian.
  2. Jika berlaku kematian di hotel yakni bukan hospital, pihak hospital terdekat akan dimaklumkan dan doktor akan segera datang untuk mengesahkan kematian. Jika meninggal dunia di hospital, segala urusan pengesahan terus dilakukan di hospital.
  3. Setelah kematian disahkan, pihak agensi atau pengurus jemaah umrah atau haji akan memaklumkan perkara ini kepada pihak Konsul Jeneral Malaysia yang berpusat di Jeddah. Segala urusan surat menyurat dan dokumen akan diuruskan oleh pihak mereka setelah mendapat pengesahan rasmi daripada pihak hospital.
  4. Bagi urusan persiapan jenazah, pihak hospital akan terus membuat urusan dengan pihak yang berkaitan di Makkah dan segala urusan akan dilakukan dengan segera.
  5. Urusan memandikan, mengapankan sehinggalah solat jenazah akan diuruskan oleh pihak berwajib di Arab Saudi. Jenazah akan dibawa ke Masjidilharam untuk solat jenazah.
  6. Kemudian jika direzekikan dan diberi ruang, jenazah disemadikan di tanah perkuburan Ma'la tempat persemadian Siti Khadijah binti Khuwailid r.ha. dan para sahabat Nabi s.a.w. Namun, kebiasaannya jemaah dari luar Arab Saudi telah dikhususkan tempat persemadian yang bernama al-syaraya' (jalan menuju ke Taif dan berhampiran  dengan Arafah).




Majalah Solusi, Isu 48|ms:33




11 comments:

Nazayiena said...

Bagusnya info nie,tq share.

Kakzakie said...

Setiap hari setiap waktu solat, pengalaman kakak ketika di sana memang ada saja solat jenazah selapas solat waktu.

Kalau di Madinah lagi beruntung kalau dapat bersemadi di perkuburan Baqi'

Mummy Akmar said...

Thanks for sharing this info. Banyak manfaat..

Dan mintak tolong semua dan reader yang lain tolong support Mummy menang hadiah iPhone 5 Gadget Impian

1. Klik Entri Contest iPhone 5 Gadget Impian

2. Klik butang G+ (Google Plus)

3. Jangan lupa follow blog Mummy!

Mintak sangat jasa baik korang.

Thanks

azi said...

Kasih salina..
akak dah baca majalah tu...TQ sudi kongsi disini...

Anum said...

great share

ummiross said...

Salam Salina..

Baca n3 ni teringat pula, arwah ayah ummi meninggal di Mekah, dah banyak tahun dah, ketika menunaikan haji kali ke 2,ditanam diperkuburan Ma'ala. Al Fatihah..

Knor said...

kalu boleh nak mati di sna..

syiela said...

thank atas info kak.. tak pernah tau pun sebelum ni

fiza said...

Good info.

redza said...

nenek saudara saya bersemadi di mekah lebih kurang 20 tahun dulu

TiranaAduka said...

nice info..
bru ada time terluang nak read back entry sis..maaf sis lambt komen...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...