Wednesday, November 7, 2012

Bercuti di Hatyai, Thailand


V.L. Hatyai Hotel,
Niphat Uthit 1 Road, Hatyai

Bintang: 2.5 (kami bagi 3 Bintang)
Penginapan 3 hari 2 malam (via Sawadee.com)
Lokasi: Bagus, jalan kaki okay
Internet Wifi: Hebat, murah giler
Aircond: Okay, boleh laras.
Satellite TV Channel: Okay boleh layan, channel Thai pun banyak
Security Key Card: Kunci ke bilik 

Pada 31 Oktober lepas, kami ke Hadyai buat pertama kali. Kami cuma tukar duit sebanyak RM200 sahaja dengan kadar RM100 = 995 Baht. Tersangatlah sikit? Ya, itulah bajet kami (2 orang dewasa dan 2 orang anak kecil) untuk melihat negara orang, makan-makan, jalan-jalan, beli sedikit cenderamata. Bukan untuk bershopping.

Cuma hotel kami dah tempah awal, minyak kereta isi di Malaysia, sedikit makanan ringan juga beli di Malaysia.
Adik dan Kakak paling seronok, sesekali berada di suasana lain daripada rumah
Alat mainan tu apakenamanya tu baru jer beli lepas balik Raya Haji baru ni, bawak sekali atas permintaan. Bilik yang luas, sesuai untuk anak-anak bermain.

Bahagian sinki dipisahkan dari bilik air. Adik sibuk asyik buka mini fridge

Bilik air bersih dan kemas

Palang pemisah tingkap kelihatan menarik apabila view menghadap persimpangan jalan besar

Pilihan kami 2 single bed, disediakan sofa 3 seater, LCD 42", yang lain macam biasa

Coffee/Tea-making facilities juga ada, cuma ada 1 Nescafe 3in1 dan Ovaltine 3in1
Sebelum sampai ingatkan Coffee/Tea-making facilities tak disediakan, maklumlah kita akan berada di negara orang, mungkin lain sikit. Apapun yang ada cuma 1 Nescafe dan 1 Ovaltine 3in1.

2 botol Soymilk (Halal) dan 4 botol Drinking Water Singha adalah percuma. Jangan minum Singha ya!
Air minuman Singha diberi percuma 4 botol. Tapi jangan minum tau, sebab jenama ni ialah dari syarikat yang sama mengeluarkan minuman keras terkenal.

View menarik dari tingkat 10 bilik ini
Bandar Hatyai ni boleh dikatakan hampir sama seperti bandar Georgetown, Penang. Cuma agak kurang sesak walaupun selepas waktu pejabat. Penunggang motorsikal dan pembonceng boleh pakai apa saja jenis helmet, tak pakai pun tak apa. Pandai-pandailah jaga diri.

View dari atas sebelah kanan, ke arah kanan lagi terletaknya The Regency Hotel Lee Garden Hotel

"Tolong Bersihkan Bilek Sekarang", Bahasa Melayu untuk kefahaman penuturnya. Unik!

Adik dah mula nak test panjat tu...

Interior view lagi berdekatan tempat Adik nak panjat tadi...

Interior view arah bertentangan

Kadar internet cuma 20 Baht (RM2.00) selama 3 hari di sini. Murah betul!
Kadar internet dalam hotel sangat murah! Cuma RM2 selama 3 hari 2 malam kami menginap di V.L. Hatyai Hotel ni. Kelajuan 1Mbps kira okay dah tu. Mana nak dapat caj macam tu dekat hotel di Malaysia.

Bersedialah dengan power point macam ni di hotel sekitar Hadyai.
Kami dah agak kat sini akan pakai power point yang macam ni, mujur kedai perkakasan elektrik cuma lintas jalan hotel jer. Harga plug tu cuma 30 Baht (RM3 sahaja).

View malam dari bilik hotel
Waktu malam kat sini sama macam Malaysia jer cuma masanya lewat sejam, jadi jangan terkejut sebab jam 6 petang gelap malam.

View sebelah kanan pulak
Bersambung...



20 comments:

khairul said...

best nya

Dhiera nadhirah said...

nak tunggu entri penuh!

YATZAKIE said...

Wah berjalan sakan akak..seronoknya yat etngok...hehe

yan's cottage said...

oh....pergi bercuti ye....tu pasal kurang buat n3 minggu nie.....apapun mesti bestkan pergi thai kan....

Mummy Akmar said...

Salam Kenal Sis..

Wow..bercuti dgn famili di Thailand. Saya takpernah pergi ke sana. Mungkin boleh buat entry akak ni sebagai panduan. Terasa jugak nak trip ke sana.

Apa2 pon DONE FOLLOW!

Style Me Gorgeous By Qashmere

Blog Qashmere

Take Care Sis...

shaiful zaidi said...

seronoknya...

ummiross said...

cantiknya bilik hotel tu.
Bestnya jalan2 sekeluarga.

Acik Erna said...

assalam kasihsalina..dari tengok gambar bilik hotel..cantik dan luas

Kakzakie said...

Nampak cantik dan selesa juga Saly. Sesekali pergi mesti banyak memborong. Boleh juga tukar duit di sana kan...

Kesuma Angsana said...

mmg best, pernah pergi & tinggal kat sini dulu!

syiela said...

bestnya kak.. baru pernah ke sana sekali je

ainnoraini said...

tak pernah sampai lagi situ tau..

Qhaifa Nur said...

cantik permandangan malamnya......

ct rahani said...

cantik hotelnya.. berbaloi la kalau murahkan sis.. :)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bestnye jalan-jalan kat sana.. Tapi kene hati-hati juga disana kan..

NzA said...

Wah jln2 mkn angin.....best3X....
pernah 2x p sana....suasananya mcm kt Msia kan......

TK said...

Bestnya jln2 ke sana..makanan thai sedap2..nyum..nyum..

Harith Iskandar said...

huhu bestnyer,bilik pon cantik, barang2 pun rege murah giler..hishhh lame tul x g thailand..xde geng nak ajak...mmm

syiela said...

dah letak hehehe.. nasib menjadi :)

mama aini said...

bestnya kesana..mama ke`narathiwat` naik keta juga..ehem selamat ke kalau naik kereta malaysia je utk kesana skrg ni?..en.papa takut kalau bawa keta sendiri..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...