Friday, November 16, 2012

Sebaik-Baik Sedekah






Apakah ciri-ciri sebaik-baik sedekah?

  1. Sedekah yang diberi secara sembunyi-sembunyi hinggakan tangan kiri tidak tahu apa yang diberikan tangan kanan. Sedekah yang disembunyikan lebih dekat dengan darjat ikhlas. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 271 yang bermaksud: "Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian itu adalah lebih baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu."
  2. Sedekah yang diberikan sewaktu masih hidup dan kuat berbanding sedekah yang diberikan selepas mati atau ketika sakit atau sedang nazak sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya: "Sebaik-baik sedekah ialah apabila kamu bersedekah dan kamu berada dalam keadaan sihat dan tamak, kamu mengharapkan kekayaan dan takutka kefakiran. Jangan kamu tangguhkan sehingga nyawa berada di halkum lalu kamu katakan, 'ini untuk si polan dan itu untuk si polan' sedangkan ia memang menjadi hak si polan itu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  3. Sedekah setelah menunaikan perkara wajib.
  4. Sedekah yang merupakan hasil daripada titik peluh sendiri.
  5. Sedekah kepada golongan yang berhak ikut prioriti seperti nafkah ke atas anak-anak, kaum kerabat, jiran tetangga, sahabat handai, dan sedekah pada jalan Allah.
  6. Sedekah jariah yang pahalanya terus mengalir walaupun telah meninggal dunia selama mana sedekahnya itu dapat dimanfaatkan oleh manusia.


Majalah Solusi, Isu 48|ms:81    


6 comments:

Kesuma Angsana said...

setuju sgt2 ! KA kalau bersedekah prefer bagi terus pada yg memerlukan tu

Kakzakie said...

Bersedekah walau sedikit tapi diperlukan amat bermakna pada yg menerima.

ummiross said...

Semoga kita termasuk dalam golongan yg murah hati dan rajin bersedekah kerana Allah semata-mata.

syiela said...

Moga kita ikhlas dalam bersedekah...

Kasih Salina said...

Moga suatu hari nanti termakbul niat kita semua, lebih bermakna dunia ni buat yg memerlukan..bersedekah dan membuat kebajikan bukan secara mengiklan..

TiranaAduka said...

paling mudah senyum..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...