Saturday, November 3, 2012

Gambar Pernikahan Farid Kamil dan Dania Danielle yang Unik dan Menarik




Tahniah buat Farid Kamil & Dania Danielle yang kini telah bergelar suami isteri yang sah. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
Hanya dengan sekali lafaz, aktres jelita, Diana Danielle secara rasmi telah pun bergelar isteri kepada pengarah dan pelakon, Farid Kamil selepas mereka diijabkabulkan di Hotel Flaminggo, kira-kira jam 9.12 pagi tadi.

Diana Danielle menerima Mas kahwinnya sebanyak RM10,000 dan wang hantaran perkahwinan pula ialah 20,000 nilai emas.

Diana Danielle atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 21 yang menerima lima dulang hantaran telah membalas tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Hantaran pengantin lelaki kepada Diana ialah mini bike Kawasaki KSR 1000, telekung & Al-Quran, cincin Tiffany & Co, sireh junjung, dan wang tunai & cincin.

Hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah set wangian Hugo Boss, cincin dan wallet, majalah polo, mini bike Kawasaki KSR 1000, sireh junjung, manisan dan foto album.

Upacara pembatalan air sembahyang telah disertakan dengan sebentuk cincin berlian.

Majlis pernikahan Farid Kamil & Dania Danielle sangat unik dan menarik kerna ia bertemakan majlis perkahwinan ala taman, dihadiri kira-kira 300 orang tetamu yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga, saudara mara serta rakan terdekat kepada pasangan pengantin.

Pada malam ini jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (saluran 104) dan di Astro On-The-Go, jangan lupa menonton dan menyaksikan liputan eksklusif perjalanan percintaan pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle.

 
 
 
Kredit Foto: Roti Kaya
                    Beautiful Nara



13 comments:

Acik Erna said...

assalam kasih salina..nampak macam dia nak buat cara dulu2 kan..pakai kain batik

azieazah said...

Nasib baik tak ujan! heehehe saya suka majlis yang simple dan sederhana camnih.

mama_saly said...

tahniah buat FK & DD...smoga kekal akhir hayat..
serasi & sepadan...sweet..!

Rozuan Ismail said...

tahniah buat mereka berdua

Knor said...

bagus sgt buat tempat terbuka ni..kan tapi macam bahang ke panasan..aje.

tahniah buat mereka..make up pun simple aje.

oktant said...

Alhamdulillah & tahniah buat kedua mempelai. Moga kekal berbahagia ke akhir hayat. Aamiin.

oktant said...

Syukur Alhamdulillah & tahniah buat kedua mempelai. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Aamiin.

Angah said...

semoga pasangan ni diberkati Illahi

Dhiera nadhirah said...

tahniah DD & FK!

ummiross said...

sama cantik, sama padan..

redza said...

semoga kekal hingga akhir hayat

YATZAKIE said...

bagai pnang di belah 2..cantik n unik sangat dioan nih... =)

syiela said...

kak saya add kak kat fb @ kak tinggal email add kat komen saya nanti saya bagi coding top komentor tu

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...