Wednesday, November 28, 2012

Resepi Ikan Bakar



Resepi Ikan Bakar 

Bahan-bahan:

 
1 ekor ikan siakap atau apa jenis ikan pun boleh jer, di belah belakang & buang sisik.

2 biji cili hidup*
10 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
3 batang serai*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
1 helai daun kunyit*

5 sudubesar pes cili kering
1 sudu besar gula melaka
1 sudu besar gula 

Sedikit air asam jawa
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Daun pisang
2 biji limau kasturi-ambil jus.


Cara membuatnya:
  1. Kisarkan semua bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan bertanda * tadi sehingga naik minyak.
  3. Kemudian, masukkan gula melaka, gula, air asam jawa dan garam. Agak-agak dah pekat sikit kuahnya, padamkan api. 
  4. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.
  5. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.
  6. Lumurkan rencah yang dah ditumis tadi dengan ikan yang telah dibersihkan. Kalau suka balutkan dengan daun pisang atau daun kunyit untuk bangkitkan aroma yang harum dan sedap. 
  7. Aku panggang dalam pemanggang ajaib tu jer, mudah dan senang.


Resepi Air asam Jawa (sos cicah )
(Resepi Potret Kasih)


1 biji bawang besar( potong dadu )
1 biji buah tomato ( potong dadu )
1 cawan air masak
5-10biji cili padi ( hiris nipis)
1 genggam asam jawa
1 sudu besar penuh gula
1 sudu kecil garam
1/2 inci belacan bakar ( jika suka)

Cara penyediaan

1. Gaulkan 1 cawan air bersama segenggam asam jawa. Ambil jusnya.
2. Satukan semua bahan tadi dengan jus asam jawa.
3. Kacau hingga rata sehingga gula dan garam larut.
4 Sesuaikan rasa ikut citarasa anda… hidangkan dengan ikan bakar tadi dengan air asam.



13 comments:

Knor said...

assalamualaikum salina.

resepi lunch ye..sedapnya kak suka ikan bakar-bakar ni..nnti nak buat jugalah..:) tq for the resepinya ye..

ummiross said...

Salina..ratah pun sedap tu, terliur pulak!!

Kesuma Angsana said...

tq share resepi.mmg sedap!

ANIM said...

3 tahun dok SP, kak masih tak pandai buat air asam yang ummpphhh..(Org Johor makan ikan bakar dgn sambal kicap)..nanti try resepi KS ni..

shaiful zaidi said...

Kat umah pun Ada pemanggang ajaib...boleh Cuba resepi ni nanti.

L said...

resepi yg baru.. L kat rumah sewa selalu jugak hujung2 minggu dok bakar membakar nih.. boleh try nih..

Jom singgah baca sebentar.. =)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/11/7x-umur-dunia.html

TiranaAduka said...

salam sis saling
Memang terbaik dari chef salina.
Keep it up sis

MulutPayau said...

sedapnya..!! akak nak try buat jugak ..terima kasih berkongsi resepi ya dik...

ogyep yummy mellow said...

salam Salina,

lama betul tak menyinggah ke sini... ogyep suka bangat ikan bakar.. pekena pulak dengan air asam.. mertua lalu tak perasan..

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

haiyo...

manyak sedaaappp!!

syiela said...

rajin kak upload resepi.. nyum nyum dapnya

mama aini said...

ehem rajinnya salina masak..

Norzuryati Mohamad Basir said...

Resepi yang simple, tapi sedap !!
boleh makan ngn nasi, boleh ratah je..
nak cuba ikut resepi ni la nnt..terliur..

Jemput ke blog saya..

http://norzuryati.blogspot.com

~perkongsian ttg kehidupan, tips kesihatan, tips kecantikan, tazkirah dan sebagainya..
moga bermanfaat

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...