Friday, November 23, 2012

Jom Minum Petang Bersama Cucur Ikan Bilis



Petang-petang macam ni sebut jer cucur, tak kira cucur apa sekali pun mesti laju jer nak makan kan. Dihidangkan plak bersama dengan teh panas, kopi panas ataupun apa2 perisa air panas la, mesti senyum jer si suami & anak-anak.

Tepung cucur bilis cap Adabi ni produk baru dari Adabi ker? rasanya sebelum ni tak perasan pun tepung cucur bilis segera yang packaging nya camni, sebab selalunya duk ambik yang perisa cucur udang jer. ke packaging baru? confuse aku dibuatnya. 

Bila dah ada anak yang sangat cerewet & memilih dalam bab makan-makan ni, aku lebih suka guna tepung cucur segera adabi sebab senang & mudah kan, tinggal nak bancuh jer. Tapi yang penting aku dah tak perlu nak pilih2 segala bawang / bilis / udang / daun bawang / cili / dll lagi lah atau buat kosong jer untuk depa makan. haduiii!!! malas betol la ibu zaman sekarang ni (aku ler tu).

Inilah rupanya bila dah masak, ranggup-ranggup jer rasanya. Aku bancuh sedikit cair dengan air sejuk dalam peti ais. Ada petua orang bagi tau bancuh dengan air sejuk lebih sedap & ranggup. Sekadar mencuba, ternyata sedap juga cara ni dan yang penting hubby & anak2 suka.



 

12 comments:

Kayu Manis said...

emmm sedap tu..lama tak buat..

Acik Erna said...

Assalam kasih salina..cucur bilis menag sedap sangat dimakan panas2 tambah2 waktu hujan ni

YatieOwner said...

nyummy ;) lama tak makan cucur ni.

kakak salina :)
nak minta tlg derma klik g+1 untuk segmen yg kita tengah ikut ni, blhkan?
klik amat2 dihargai :)

http://www.puangojes.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html

terima kasih kak ;)

Anonymous said...

sedap sgt tu, makan pulak sejuk hujan2 ptg ni

Norzie hany said...

Akak pun pernah buat cucur ikan bilis guna tepung adabi ni,sedap juga.

ummiross said...

Salina...sedapnya, lama dah tak buat cucur ni.

Unknown said...

mmg best klu pekena time hujan nih

Shaiful Zaidi said...

breakfast pun sedap dgn cucur ikan bilis ni..

YATZAKIE said...

amboi kak..wat yat ngidam je ni.. =P

Blog Santai said...

dah lama tak makan cucur ni..best

azieazah said...

Produk Adabi ni dah lama ada. Pelbagai cucur termasuk Cucur Manis, Cucur Udang. Tu packing baru. Cuma saya kalu nak masak Cucur Adabi ni kena tambah tepung gandum biasa sikit, sebab ia nya terlalu ringan mampung macam makan cucur cakoi. Kosong sangat. Sebab tu saya tambah sikit tepung.

ckLah @xiiinam said...

Terbau bau aroma gurihnya.....hmmmm.


:-)

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...