Thursday, November 8, 2012

Chef Riz Mengaku Sudah Bercerai Dengan Isterinya, Ana Dahlia


Gambar perkaahwinan Ana Dahlia & Chef Riz yang hanya tinggal kenangan.

Menurut Kosmo Online, Chef selebriti, Chef Riz, mengesahkan kebenaran desas-desus yang tersebar luas ketika ini bahawa dia sudah pun bercerai dengan isterinya, pelakon Ana Dahlia.

“Ya, saya memang sudah bercerai,” kata anak sulung Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 30, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci perceraian berkenaan.

Baru-baru ini, pasangan tersebut dikatakan telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Kajang, Selangor.

Chef Riz mengakui perceraian itu berpunca daripada ketiadaan persefahaman antara mereka sejak melayari bahtera perkahwinan 11 bulan lalu.

Dia juga mengakui perkenalan singkat hanya selama lapan bulan turut menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.

Ana Dahlia, 29, yang merupakan pelakon filem Mantra diperkenalkan kepada Che Riz oleh adiknya sendiri, Serina.

“Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas lapan bulan berkenalan. Selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami,” ujarnya.
 
 
 

11 comments:

Anum said...

x de jodoh kan

Norzie hany said...

Dah tak ada jodoh nak buat macam mana ye Salina.

yan's cottage said...

nak buat macammana jodoh tak panjang....apa pun hanya tuhan yang menentukan...

Shaiful Zaidi said...

salam...macam2 citer pasal artis no..
kahwin-cerai, cerai-kahwin etc...

Azee Hana said...

macam2..huhuhu...

Fiza Rahman said...

Jodoh tak panjang.

ummiross said...

Alahai sedihnya, baru lagi kawin kan.

Unknown said...

aper laaa br je kawen dh cerai..mmmm :/

Kakzakie Purvit said...

Astaghfirullahal'azim... bergoyang lagi tiang arasy.

mummY daniSha said...

hurmmm dah x de jodoh....

mama aini said...

takdir & kehidupan Allah yg menentukan..semuga mereka mereka tabah..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...