Gambar - Sumber Internet |
Apabila menjelang je bulan Ramadhan Al-Mubrak, maka tibalah masanya semua harga barang-barang mentah akan meningkat, termasuklah harga ikan. Alasan peniaga sama je setiap tahun, permintaan tinggi, bekalan tidak mengcukupi. Bagi pengguna pula tindakan peniaga menaikkan harga ikan disifatkan amat melampau dan membebankan.
Tinjauan edisi Timur di beberapa pasar mendapati golongan peniaga terpaksa berhadapan kerenah pelanggan yang tidak berpuas hati dengan kenaikan harga yang pada mereka tidak wajar berlaku ketika umat Islam sedang menjalani ibadat puasa.
Ada peniaga mengakui terpaksa menjual ikan pada harga yang tinggi kerana bekalan bahan yang juga sumber protein itu tidak mencukupi dan menyifatkan bukan sengaja mereka menaikkan harga ikan sesuka hati tapi sebaliknya mereka perlu membayar harga yang tinggi kepada pemborong bagi mendapatkan bekalan. Tinjauan di Pasar Besar Kuantan juga mendapati, ikan kembung dijual pada harga RM15 sekilogram manakala ikan merah RM28 sekilogram dan udang antara RM18 dan RM20 sekilogram dan peniaga mengakui setiap tahun bekalan ikan pada bulan puasa tidak mencukupi kerana mendapat permintaan tinggi.
Harga ikan yang melambung tinggi menyebabkan ramai suri rumah mengeluh terutama dalam membuat persiapan juadah berbuka puasa. Kenaikan harga antara RM3 hingga RM6 sekilogram pasti membebankan keluarga dan menjejaskan perbelanjaan harian terutama golongan berpendapatan rendah.
Kalau semua harga barang meningkat memang terasa sangat bebanannya kalau kita mempunyai keluarga yang besar. Bayangkan, ikan sekilogram bukannya banyak mana sangat pun. Jika keluarga besar yang mempunyai anak ramai memang sekali hadap jer. Itu belum termasuk bahan-bahan mentah lain yang juga turut meningkat. Cuba kita bayangkan situasi tersebut, jadi tidak hairan mengapa orang yang berfikiran singkap sanggup mengamalkan rasuah demi menurut keperluan dan nafsu berbelanja mereka.
No comments:
Post a Comment