Wednesday, October 3, 2012

Keluarga Bahagia Norman Hakim, Memey Suhaiza Dan Abby Abadi Akrab - Menikmati Percutian Bersama-Sama



Keluarga Bahagia Norman Hakim, Memey Suhaiza Dan Abby Abadi Akrab - Menikmati Percutian Bersama-Sama


Pelakon Memey Suhaiza dan Abby Abadi yang sebelum ini telah berjaya meleraikan persengketaan mereka pada ramadan lalu kini dilihat semakin akrab dan sering berhubungan di antara satu sama lain.

Malah, kedua-dua mereka dilaporkan telah menghabiskan masa di Genting Highlands pada hujung minggu dengan ditemani Norman Hakim dan anak-anak. Perkara ini telah dikongsi sendiri oleh Memey yang kini sarat mengandung 5 bulan pada majlis pelancaran Kempen Semarak Cinta untuk saluran Astro Ria di Flora Café, Hampshire Place, semalam.

Pasangan ini telah diterbangkan ke Medan, Indonesia untuk berbulan madu dan menyambut ulangtahun perkahwinan disana.

"Selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah akrab dan kami juga selalu berhubung. Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Abby akan bercuti ke Beijingpula dalam masa terdekat ini.

"Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik sebab memang kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak-anak. Hujung minggu lalu pun kami ada bercuti ke Genting Highlands.

"Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua, Alhamdulillah,"cerita Memey mengenai hubungannya bersama bekas isteri Norman Hakim itu.

Bercerita mengenai kandungan dan persiapan sebelum bersalin, Memey menjelaskan persiapan masih lagi diperingkat awal. Dia juga belum lagi mengidam sebarang menu yang pelik semenjak disahkan mengandung akhir Jun lalu.

"Abang Norman dan saya dah merancang untuk membuat persiapan rapi bila kandungan memasuki usia tujuh bulan. Cuma lokasi untuk bersalin sahaja yang dah dikenalpasti iaitu tempat yang sama ketika Abby bersalin dulu.

"Semua aktiviti seni saya hentikan dahulu untuk berehat. Lagipun saya sering alami contraction dan morning sickness yang agak teruk. Jadi sekarang ini saya lebihkan rehat tetapi saya memang teruja menunggu kelahiran ini.

"Kalau pasal mengidam buat masa ini belum lagi teringin nak makan yang pelik-pelik. Setakat benda yang ada depan mata sahaja tapi tak tahulah lepas ni,"ujarnya berseloroh ditanya mengenai pengalaman pertama mengandung.

Menurut aktres kelahiran Johor ini, dia dijadualkan bersalin pada penghujung bulan Februari tahun hadapan. Memey dan Norman yang berkahwin pada 24 September tahun lalu telah menghabiskan ulangtahun pertama perkahwinan mereka di Medan atas tajaan Air Asia untuk program Destinasi Cinta Bersama Air Asia.
 
 
Kredit Info: Portal Murai
 
 

2 comments:

mummY daniSha said...

alhamdulillah...baik sungguh hati abby kan

Unknown said...

Alhamdulillah

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...