Thursday, October 11, 2012

Jenis-Jenis Coklat - Almond Gold Milk Chocolate Paling Aku Suka



Dalam banyak-banyak jenis Coklat - Almond Gold Milk Chocolate paling aku suka.. tapi susah nak dapat, biasanya ada kat airport atau langkawi jer.. kalo ke langkawi, almond gold yang aku cari dulu..aku suka sebab bila gigit coklat tu akan rasa sekata jer almond dalam coklat.. beli di Langkawi memang berbaloi-baloi la harganya, RM 7.90 untuk 3 bar tu.. 

sebenarnya rindu nak makan Almond Gold Chocolate ni..minggu lepas aku cari kat The Zon Duty Free Bukit Kayu Hitam tapi takde jugak..
Jenis-Jenis Coklat

Berikut adalah jenis-jenis coklat yang berada di pasaran, disusun berdasarkan turutan kandungan pepejal koko.

White Chocolate – Mengandungi mentega koko (dan bukan pepejal koko), gula, susu, emulsifier, vanila dan perasa. Berwarna pucat keputihan.

Milk Chocolate - Mengandungi kira-kira 10-20% pepejal koko (campuran koko dan mentega koko) dan lebih daripada 12% pepejal susu. Rasanya lebih manis.

Dark Chocolate - Mengandungi kandungan pepejal koko yang lebih tinggi, dan sedikit (atau tiada langsung) susu, iaitu kurang daripada 12% pepejal susu.

Sweet Dark Chocolate - Mengandungi kira-kira 35-45% pepejal koko.

Semi-sweet Chocolate - Mengandungi 40-62% pepejal koko, dan boleh digunakan sebagai chocolate masakan (kuih, biskut, kek).

Bittersweet Chocolate - 'Sweetened chocolate' berwarna gelap, megandungi sekurang-kurangnya 35% pepejal koko (yang berkualiti tinggi selalunya di antara 60% to 85%, bergantung kepada jenama) dan sering digunakan sebagai chocolate masakan kerana ketulenannya.




2 comments:

Aine Ainun said...

mmg x penah makan...
baru nak tanya beli kat mane...
ehehehee, nampaknya ke Langkawi la baru dapat ye..=)

Harith Iskandar said...

sy suke cokelat milk...nyum nyum :)

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...