Tuesday, October 23, 2012

Border Pass ke Thailand



Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua..

Dua hari lepas streamyx kat rumah aku ni down buat seketikanya..lama gak tu rasanya, pihak Telekom nak tukar no telefon rumah katanya.. alih-alih, kul 6 ptg kemarin kontraktor Telekom telefon cakap no. tel rumah belum lagi ditukar dan masih pakai nombor lama..dah tu, akan ada lagi la terputus line tel dan streamyx? 

Hubby aku kata bagus juga sekali sekali bebaskan diri dari streamyx ni, boleh la aku menghabiskan masa membaca majalah yang belum khatam lagi. Dua majalah yang wajib kami beli setiap bulan ialah Majalah Pc & Anjung Seri. Terbaru aku suruh hubby belikan Majalah Solusi plak, aku rasa Majalah Solusi ni wajib ada untuk bekalan ilmu akhirat.

Gambar kat atas tu plak apa kena mengena dengan tajuknya? hah..itu la dia Border Pass, tiket untuk melintasi sempadan negara Thailand (tak semua negara). Aku & hubby layak untuk guna border pass ni sebab syaratnya kena lebih 3 tahun tinggal di Kedah - sempadan Negara Thailand. Anak-anak aku pun memang layak la sebab depa dua beradik lahir di Perlis.

Tu pun jenuh juga la nak membuktikan yang kami dah lama tinggal di Kedah ni. Tapi yang aku nak ceritanya pasal Pejabat Imigresen Bukit Kayu Hitam ni kurang mesra pelanggan. Staf dia kurang ramah dan macam tak mau membantu kita. Mungkin juga sebab ramai pelanggan yang bertandang.

Ada ke patut staf Imigresen tu boleh cakap dengan aku " Eh! kad pengenalan orang Terengganu" padahal aku nak renew dan bukannya baru nak apply.. kalo aku baru nak apply border pass tu patut la dia tanya soalan camtu kan.. kalo aku & famili dah layak dapat border pass sebelum nak renew, maknanya aku memenuhi syarat yang diperlukan dan tak kira la dari negeri mana aku berasal.

Banyak lagi yang aku tak puas hati sebenarnya..macam-macam kerenah birokrasi ye..sepatutnya, staf depa berusaha untuk menyenangkan segala urusan. Petang kemarin aku pi pun tak settle lagi la sebab gambar anak aku yang kecik duk dalam satu gambar. Masa buat kat Kuala Perlis aritu boleh plak gambar mak & anak bawah 2 tahun boleh duk dalam satu gambar. Mai plak kat Imigresen Bukit Kayu Hitam cakap tak boleh dahhh. Tak pasal-pasal kenal pi tangkap gambaq lain plak..


Update 16/1/2013:
Pesanan buat hati mereka yg bernanah ataupun terkena dgn batang hidung sendiri, ikut suka aku la nak cite bab streamyx rumah aku down pun. ni kan blog peribadi, tak kan la aku nak promote servis tunda kereta kot, bukannya aku buat bisnes bengkel kereta. 

Sebelum nak tuduh aku baca baik2 apa yang aku tulis, bukannya aku menghasut rakyat Malaysia pun. Ni pengalaman betol terjadi pada aku dan sememangnya kami dah dapat pun border pass tu, cuma nak renew jer kat Bukit Kayu Hitam tapi tak boleh dan yang menghairankan kenapa boleh plak pi renew kat Imigresen Kuala Perlis. Syarat2 tak sama ker setiap imigresen?


SEBELUM NAK KUTUK AKU, CARI INFO DULU SYARAT-SYARAT NAK BUAT BORDER PASS BAGI YANG BUKAN PEMEGANG I/C KELANTAN, KEDAH & PERLIS. 
 
DAN

BAGI KES AKU NI, AKU CUMA NAK PERBAHARUI DAN BUKANNYA BARU NAK MEMOHON



 

14 comments:

shaiful zaidi said...

salam ziarah... pi shopping ke?

Pokok Manggis Depan Rumah said...

kasihan nye. macam-macam akak yea. sabar aje la. semoga ada perubahan nanti..

Harith Iskandar said...

biasa la tu kak, nak makan suap ler tu.sy ckp ikut pngalaman sy jer sbb sy dulu byk brurusan dgn org sempadan.lg pun name pun gomen lemak sgt sbb tiap2 tahun dpt bonus.ehehe :p

Kesuma Angsana said...

kdg2 bosan dengan keranah birokrasi yg mcm2 ni kan!

Kakzakie said...

Inilah yg sering terjadi isu sama tapi sistem tak sama. Sana boleh sini tak boleh. Sana begini sini begitu...

Dah masak dah kakak kalau hal begini..

CV. CIPI Group said...

hmmmm hanya ada sederat kalimat yang simple yaitu berbenah diri berharap sekeleliling berimbas baik.. :-)

TiranaAduka said...

salam sis
Bila agaknya nk turun kedah TA ni?

Dtg malam dgn ucapan terima kasih sudi komen pd post penulis jemputan tirana aduka.

khairul said...

karenah birokrasi yg merepek !

..::..aRe-Na..::.. said...

mcm2 kerenah kan...

caliph shuriken said...

klau majalah solusi, ada jual kt e-store sy.. kdg2 yg lama2 pun ada lagi selagi x out of stock ^^

karenah birokrasi ni mmg susahkan kita nk berurusan...

syiela said...

depa ni mmg kdg2 mmg sakit hati dengan karenah depa

ct rahani said...

susah la klu dpt staff yg x mesra pelanggan nih.. penah jugak terkena.. memang leh wat menyirap darah la.. huhu..

wah nak gi soping kt sempadan yer.. besh2.. :)

azieazah said...

Berurusan dgn orang orang kaunter ni, memang nak kena sabarrrrr banyak banyak!

Mizz ErMa said...

ha ah la, teruk betul pengurusan diorang..bukannya nak menyenangkan keje orang, makin merumitkan ade ler..sabar jelah..hehe

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...