Thursday, October 4, 2012

Resepi Spaghetti Prawn Olio




Bahan-bahan untuk membuatnya:

Spaghetti (aku pilih San Remo Vermicelli 1/3 bungkus)
- rebus selama 6-8 minit dan toskan, masa merebus aku masukkan minyak masak sedikit.
15-20 ekor Udang (aku suka udang)
- buang kepala & kulit, belah belakang udang
5 tangkai cili kering - rendam dalam air panas dan potong menyerong
Cendawan butang dalam tin) - hiriskan nipis
1 biji bawang besar Holland - potong dadu
5 ulas bawang putih - cincang halus
4 s/b olive oil
Sedikit oregano
serbuk lada hitam
serbuk cili (bagi sape yang suka pedas lebih)

garam dan gula secukup rasa

1/2 cawan air rebusan spaghetti

udang tu aku suka kupas siap-siap, baru senang nak makan..
Cara membuatnya:

1. Masukkan Olive oil dalam kuali
2. Cara aku gorengkan udang terlebih dahuludengan olive oil tu, udang dah masak & garing terus angkat & ketepikan dulu.
3. Guna olive oil yang sama goreng udang tu untuk tumis bawang besar dan bawang putih.
4. Bila bawang dah layu, masukkan cili kering.
5. Masukkan cendawan, air rebusan spaghetti, garam dan gula.
6. Bila dah agak kering sikit jer, masukkan spaghetti, oregano, serbuk lada hitam, serbuk cili & udang yang telah di goreng tadi. Kacau rata dan tutup la apinya.
7. Dah siap, hidangkan utk keluarga tersayang


Spaghetti Prawn Olio sedap dan terbaikkkk...

serius memang sedap giler rasanya, hubby aku tenggah2 malam buta pun suruh aku mengoreng Spaghetti Prawn Olio nih disebabkan kesedapannya yang teramat sangat..

aku kira kosnya cuma RM 9 untuk tiga orang makan tapi kalo makan kat Pizza Hut dah berapa kenanya tu? Kiraannya tu aku agak-agak aje ler..



7 comments:

KhaiRin : anies said...

kak, nk sikit boleh? ;-)

Nazayiena said...

Sedapnya,kak Nurul blm pernah lg masak nie cuma masak spagetti biasa je.

Knor said...

bolehlah buat nanti..stock spaghetti dah lama terperap dlm almari...

tq KS

Norzie hany said...

Sedapnya Salina....masak sendiri lagi jimatkan.

TK said...

Wah sedapnya...Tk suka sgt olio...selalu jugak buat..

eita said...

memang sedap pun...paling suka makan spageti..

buat sendiri lagi sedap ...leh makan banyak

Jαnnαhツ said...

Murahh la kak. Sbb kat pizza hut rm10 satu pinggan. Huhu. Baik masak sendiri iye dop?

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...