Sunday, October 14, 2012

Hijrah Dari Apa yang Dilarang Dalam Islam





Muhajir (Orang yang berhijrah) ialah orang yang berpindah dari apa yang dilarang oleh Allah. (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah). Tiada lagi hijrah setelah Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana kedua-duanya telah menjadi negara Islam, yang tinggal cuma hijrah dari larangan kepada suruhan Allah.

Pindahlah dari tempat yang Allah tidak suka,. Dalam hadith disebut “Jauhkan (elakkan) diri kamu dari tempat yang orang boleh tuduh kamu tidak baik” (seperti berada di tempat yang boleh menimbulkan fitnah, contohnya di pub atau kelab malam).

Kita juga boleh berhijrah dari satu negeri ke negeri yang lain untuk menyelamatkan agama kita dan agama anak isteri kita. Kita tidak boleh memberi alasan melakukan maksiat kerana disuruh oleh ketua atau orang atasan. Ini kerana Allah telah mengatakan “bumi ini luas”..berhijrahlah ke tempat lain sekiranya dipaksa melakukan maksiat.


Az-Zumar [10]….dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda “berhijrahlah kamu dari dunia dan isi kandungannya” (Riwayat Abu Naim Dari Sayyidatina Aisyah)

Hadith ini bukanlah melarang mencari harta dunia dan disuruh meninggalkan dunia bukanlah kerana ia keji, tetapi:
Disuruh meninggalkan dan menjauhkan diri dari harta yang haram.
Sebagai satu peringatan bahawa kekayaan itu boleh buat kita lupa daratan dan tidak selamat dari dosa, sebagaimana dalam hadith “Adakah orang yang berjalan di atas air tidak basah kedua kakinya, begitulah orang yang menyayangi dunia, tidak selamat ia dari beberapa dosa”.


Carilah dunia untuk ke akhirat. Islam tidak melarang kita mencari harta, cuma perlu berhati-hati. Orang Islam perlu dunia untuk sampai ke akhirat, seperti sampan perlukan air untuk bergerak. Jika air masuk ke dalam sampan, tenggelamlah sampan itu. Begitu juga dunia, jika ia sudah masuk ke dalam hati (terlalu kasihkan dunia), maka tenggelamlah manusia dalam dunia ini.

Tanamlah modal kebajikan di dunia untuk bawa pulang ke kampung akhirat sepertimana kita berhijrah ke kota misalnya ke Kuala Lumpur (KL) untuk mencari rezeki dan bawa pulang kepada ibubapa di kampung. Jangan jadi seperti penagih dadah yang lupa tujuan asalnya ke KL. Carilah pahala iaitu harta akhirat. Ramai orang lupa tujuan asalnya ke dunia seperti mana penagih dadah yang lupa tujuan asalnya berhijrah ke KL.
 
 
 
 
 

3 comments:

Ena's Stories said...

gud info..suka baca..
"berhijrah lah kite sesama ke arah yg diredahi.."

Unknown said...

SALAM ZIARAH.. DAH BAYAR ZAKAT PENDAPATAN KE BELUM? HEHEHE
:) ARTIKEL BARU : http://shafw4n.blogspot.com/2012/10/zakat-pendapatan.html

mama aini said...

thanks atas perkongsian ini..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...