Thursday, December 8, 2011

Haramkan Saja Kemasukan Warga Afrika ke Malaysia

gambar kredit - berita harian 

sejak akhir-akhir ini, pelbagai kes jenayah yang dilaporkan didada-dada akhbar yang dilakukan oleh warga Afrika. Ianya semakin serius dan membimbangkan, bahkan dikhuatiri akan menjejaskan keselamatan negara dan memudaratkan seluruh rakyat Malaysia. Apakah pihak berkuasa Malaysia takut untuk bertindak menyekat kemasukan warga Afrika ni dengan alasan mereka ke mari untuk belajar.

Dalam hal ini, Kasih Salina menyokong pendapat yang diutarakan oleh pembaca Berita Harian iaitu pendapat yang ditulis oleh Felo Kanan UKM dari sudut pandangan beliau sendiri mengenai isu warga Afrika ini.
Petikan dari BH online

[Sungguh menakjubkan sehingga kini tidak terlihat usaha berkesan untuk menangani masalah berterusan dan berleluasa ini seolah-olah tidak ada kesudahannya? Apakah perlakuan warga Afrika khususnya dari Nigeria dan beberapa negara lagi itu bukan saja memudaratkan rakyat tetapi sudah pun menggugat keselamatan negara? 

Apa lagi yang ditunggu sebelum bertindak untuk menghantar balik mereka dan menyekat terus kemasukan warga Afrika baik untuk belajar atau pun masuk ke mari kononnya sebagai pelancong atau untuk sebarang kegiatan lain.

Apakah hanya kerana mahu menjadi hab pendidikan kita terus saja membiarkan warga Afrika yang sudah pun berada di sini berterusan dengan perlakuan jenayah dan tidak bersopan mereka? Kenapakah kita tidak boleh bersikap lebih prihatin melindungi rakyat daripada jenayah dan sikap tidak senonoh warga Afrika demikian?

Kita sepatutnya sudah bertindak lebih berkesan seperti kerajaan Indonesia bertindak tegas mengharamkan terus kemasukan wanitanya ke mari untuk bekerja sebagai pembantu rumah dua tahun lalu.

Tindakan itu hanyalah gara-gara berlaku penderaan ke atas beberapa orang saja rakyatnya yang berkerja sebagai pembantu rumah oleh majikan mereka. Tetapi oleh kerana ia amat prihatin terhadap perlakuan tidak berperikemanusiaan itu ia terus saja mengharamkan rakyatnya ke negara ini untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

Tetapi perlakuan buruk warga Afrika bukan setakat lima atau enam kes. Hampir setiap hari ada saja berita mengenai jenayah atau penipuan yang mereka lakukan terhadap rakyat negara ini. Tidak ada ruang yang cukup di sini untuk memperincikan perlakuan hodoh, tidak bersopan dan jenayah penipuan yang berterusan mereka lakukan.

Memadai dinyatakan bahawa rumah pangsa di mana mereka ini menginap dan membanjiri juga menimbulkan perasaan risau dikalangan rakyat kita di sekitarnya kerana terpaksa berdepan dengan orang berbudaya keras yang amat terasing bagi kita.

Mereka bukannya tahu jauh sekali mahu menghormati budaya kita, budaya sopan santun dan hormat menghormati. Maka itu apa bila budaya keras begini bertembung dengan budaya kesopanan kita tentunya akan membawa padah kepada kita dan rakyat kita. Tentunya rakyat negara ini yang sepatutnya dilindungi daripada perlu menghadapi orang yang tidak bersopan demikian.

Begitu beraninya mereka hingga bertindak samseng terhadap pihak berkuasa Imigresen akhir minggu lalu di Mantin. Apakah perlakuan demikian masih boleh diterima?

Ini dilakukan oleh mereka yang kononnya berada di sini untuk belajar. Mereka begitu berani hingga sanggup bertindak liar hanya kerana mahu melindungi rakan mereka yang berada di sini secara haram daripada dikenakan tindakan.

Pihak berkuasa sepatutnya sudah bertindak tegas terhadap pengurusan mana-mana pun institusi pengajian di mana warga Afrika itu kononnya menjadi pelajarnya. Mungkin ada di kalangan pemerintah memberi alasan kononnya segelintir saja yang melakukan jenayah dan perlakuan tidak senonoh. Tetapi bukankah setitik nila saja sudah boleh merosakkan? Inikan pula sudah ada satu tempayan. Ini pun masih belum memadai untuk bertindak tegas mengharamkan mereka itu masuk ke mari?

Kita sepatutnya sudah menguatkuasakan peraturan itu dengan hanya memberi kelonggaran kepada pegawai kerajaan mereka yang mempunyai urusan pemerintahan masuk ke mari. Inilah saja tindakan yang harus dilakukan kiranya kerajaan benar-benar prihatin mahu melindungi rakyat negara ini daripada kerenah buruk yang berterusan diperlakukan oleh warga Afrika.

Kita kononnya mahu menjadikan negara ini sebagai hab pendidikan di rantau ini. Ini sememangnya hasrat murni tetapi apakah sudah dilakukan pemantauan sebenarnya terhadap semua rakyat Afrika yang ke mari kononnya untuk belajar tetapi telah juga melakukan jenayah dan perkara buruk lain?

Apakah kerana begitu longgarnya peraturan penerimaan pelajar untuk belajar di sini kita tidak pula memilih hanya yang boleh memberi jaminan mereka ke mari sememangnya untuk belajar dan bukannya untuk hal lain.

Apakah institusi pengajian tinggi swasta kita begitu kemaruk mahukan pelajar asing hingga tidak pula menentukan pelajar yang diterima harus bukan setakat mempunyai kelulusan minimum saja. Kita tidaklah mahu dianggap sebagai hab tidak berkualiti menerima siapa saja termasuk berperangai buruk.

Demikian juga apakah Kementerian Pengajian Tinggi sudah menentukan semua institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang kini tumbuh macam cendawan berhasrat mahu memberikan pelajaran terbaik kepada pelajar mereka dengan menyediakan peralatan secukupnya mahu pun tenaga pengajar yang mempunyai kelayakan minimum yang diperlukan atau setidaknya pengalaman secukupnya?

Tidak boleh dinafikan ada IPTS wujud sebagai badan korporat untuk mengaut keuntungan bukannya untuk menabur ilmu. Maka itulah ada desas-desus wujudnya IPTS yang tidak mahu menggagalkan pelajarnya walau pun mereka itu sebenarnya tidak layak menerima sebarang sijil, diploma atau ijazah hanya kononnya kerana mereka itu sudah membayar yuran.

Malah, ada IPTS mensyaratkan tenaga pengajarnya tidak dibenarkan menggagalkan pelajar mereka seburuk mana sekali pun mereka itu. Ini mungkin hanya desas-desus, tetapi apakah kementerian tidak boleh menyiasat kiranya benar mahu menjadikan negara sebagai hab pelajaran?

Maka itu kita janganlah menjadi hab pelajaran bagi pelajar terkebawah saja, iaitu menerima pelajar serdak yang tidak diterima institusi pengajian tinggi di negara lain. Sebaliknya kita seharusnya menerima yang terpilih saja. Itu barulah boleh menjadi hab pelajaran disanjungi dan berkualiti.]

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...