Gambar Kredit: upindanipin.com.my
anak-anak Kasih Salina belum bersekolah lagi..so, takde istilah cuti sekolah la kan..hari2 cuti la budak 2 beradik ni..mana2 ibu bapa yang anak tengah cuti sekolah ni kan mesti pening memikirkan nak bawa anak2 bercuti ke mana..
Kalau tak tahu nak ke mana-mana tu, apa kata ramai-ramai pergi ke Muzium Negara sempena pameran Jejak Upin & Ipin. Pameran ni sebenarnya sudahpun berlangsung pada 26 November yang lalu dan akan diteruskan sehingga 31 Disember 2011
nanti. Macam-macam aktiviti yang dijalankan seperti pameran replika
sebenar rumah Opah, ruangan proses animasi, permainan Upin Ipin dan
banyak lagi.
Pengungjung juga berpeluang untuk berjumpa dengan maskot Upin & Ipin pada setiap hari. Selain itu, showcase Upin & Ipin the Musical
pula diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 12 tengahari dan
3 petang. Memang menarik kerana pengungjung akan dapat menonton secara
eksklusif babak dari teater ini sebelum ianya dipentaskan di Istana Budaya pada bulan April tahun hadapan.
teringin jugak kasih salina nak bawa anak2 ke Muzium Negara sempena pameran Jejak Upin dan Ipin ni..tapi apa kan daya, jauh bebenor perjalanannya..lagi pun Encik Papankey susah nak cuti..
No comments:
Post a Comment