Wednesday, December 7, 2011

[Gambar] Majlis Resepsi Ezlynn & Adam Bakal Ditaja Rafflesia









selepas majlis resepsi perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang ditaja oleh Rafflesia beberapa bulan lepas, kini Rafflesia akan menaja majlis resepsi pernikahan penyanyi Ezlynn dan suaminya Adam Fahmy. Majlis akan menampilkan gaun dan barangan kemas bernilai hampir RM 12 juta juga..

Gambar-gambar ini diambil oleh REDPhotography sewaktu sidang akhbar majlis resepsi ini di Hotel Crowne Plaza, semalam.

 Neelofa Heels akan merekabentuk kasut yang dipakai Ezlynn untuk majlis itu nanti. Gaun pengantin pula akan direka oleh Sya Syarini, Sharifah Mariam Syed Mohd akan mereka Tail dan Liza Azulkarnain pula mereka Veil. Gaun dan kasut akan bertatahkan mutiara hitam Tahiti dan mutiara putih Laut Selatan..

harga gaun Ezlynn pula mencecah RM 400,000. Barangan kemas dikatakan bernilai RM 3 – 4 juta dan sebutir mutiara pula mencecah RM 80,000. Lord’s Tailor pula akan menyediakan sut untuk pengantin lelaki.

Gambar-gambar ini, sewaktu sidang akhbar untuk majlis resepsi Ezlynn & Adam di Hotel Crowne Plaza. 

kredit gambar: REDPhotography

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...