Wednesday, December 14, 2011

Resepi Sotong Goreng Tepung / Resepi Sotong Celup Tepung



Bahan-Bahan:

1/2 kg sotong segar
1 s/k serbuk kari
1 s/k lada hitam
1 s/k pes cili kering (cili boh)
garam secukup rasa
1 biji telur
tepung jagung
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 cm halia - ditumbuk
minyak untuk mengoreng



Cara membuatnya 

Langkah 1:

1. Potong sotong kecil-kecil (lbh kurang 1 1/2 cm)
2. Gaulkan sotong bersama bahan-bahan tadi, kecuali tepung jagung
3. Ambil 2 s/b tepung jagung dan masukkan ke dalam sotong yang telah digaul bersama bahan-bahan lain tadi supaya senang sotong2 tersebut melekat dengan tepung jagung.

Langkah 2:

1. Sediakan 1 cawan tepung jagung dalam apa-apa bekas.
2. Panaskan minyak, seelok-eloknya dalam periuk la sebab goreng macam deep fried gitu.
3. kemudian, ambik sotong satu persatu & celupkan ke dalam tepung jagung satu persatu jugak.
4. Akhir sekali masukkan sotong ke dalam minyak panas. Masak dengan api perlahan jer dan goreng sampai nampak kekuningan.

Enak dicicah bersama dengan sos cili thai..

Rupa sotong yang dah ready untuk di makan

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...