Gambar kredit : mynewshub
Menurut petikan berita dari
Mynewshub,Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke
Wad 2, Delima, HUSM. Mohd Amirul Izzat sebelum itu menerima rawatan di
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari.Jenazah
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 itu dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab
Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta. Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai.
Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Amin ya rabal alamin..
Buat Apek & famili, semoga tabah menghadapi dugaan dan ujian dari yang Maha Esa..
No comments:
Post a Comment