kredit gambar: budiey.com
Ustazah Firus atau nama sebenarnya Firus Akhtar Mohamad Bohari, 27, yang berasal dari Kuala Lumpur dinobatkan sebagai juara sulung Ustazah pilihan dengan mengalahkan pesaing
terdekatnya, Nurul Hidayah Kamarudin, 26 yang menduduki tempat kedua.
Juara Ustazah Pilihan akan menerima tajaan biasiswa di Universiti
Al-Madinah oleh Yayasan Aminah, pakej haji dan umrah tajaan Al-Riyadh
and Travel dan sebuah kereta Peugeot 207.
Selain itu, Ustazah Firus turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000
sumbangan Astro, RM5,000 sumbangan Bank Islam dan beberapa hadiah
sampingan lain.
Ustazah Firus mempunyai Sarjana Pengajian Islam dan Timur Tengah dari
Universiti Washington dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan
Parsi dari Universiti Al-Zahra, Iran.
Kata-kata semangat dari Ustazah Firus :
"Sejujurnya jika hendak dibandingkan dengan peserta lain mereka juga hebat-hebat belaka."
"Tambahan pula saya tidak mempunyai pendidikan khusus peringkat
universiti dalam bidang pengajian agama. Namun rezeki berpihak kepada
saya malam ini," ujarnya.
"Saya mengharapkan melalui kemenangan ini akan menjadi batu loncatan
buat saya untuk terus berdakwah kepada masyarakat mengenai Islam,"
katanya lagi.
Ibu beliau, Aishah Mohd Said, 56, berkata, anaknya itu seorang yang pandai berdikari dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Beliau juga merupakan seorang yang ringkas, berdikari dan suka berusaha tanpa membebankan orang lain.
* p/s: Kami juga mengharapkan anak2 kami akan mengikut jejak langkah Ustazah Firus dan menjadi anak yang solehah serta berjaya di dunia dan juga akhirat..
No comments:
Post a Comment