Thursday, December 1, 2011

Resepi Chicken Chop

Langkah 1 : Gaulkan ayam bersama bahan perapan & perapkan ayam selama 3 jam atau lebih. Simpan  dalam peti sejuk
Bahan-Bahan:
2 keping peha ayam tanpa tulang
Minyak untuk mengoreng ayam
(aku beli kat market Changlun ni jer & suruh penjual ayam tu buang tulang siap-siap)
Kentang goreng (fun fries)
3 helai daun salad
Brokoli (kali ni aku tak buh pun)
1 biji tomato (hiris)

Bahan untuk perap Ayam:
1 s/k rempah kari ayam
1 s/b sos tiram
1 s/b sos cili
1 s/b sos tomato
2 s/b lada hitam biji - ditumbuk (serbuk lada hitam pun boleh)
secubit garam
3 ulas bawang putih - ditumbuk
Sedikit halia  - ditumbuk
3 s/b tepung jagung
1 biji telur
Cara Membuatnya:

Langkah 2 : setelah perap ayam selama 3 jam atau lebih, kemudian masukkan telur & tepung jagung supaya serbuk roti dapat melekat pada ayam

Langkah 3 : Gaulkan ayam ke dalam serbuk roti.. guna bekas besar & letak banyak sket serbuk roti agar senang semasa nak gaulkan dengan ayam.. buat satu2 & jagan masukkan ayam sekaligus..

Langkah 4 : Panaskan minyak dan gorengkan ayam yg diperap sehingga masak.


Langkah 5 : Dah siap menggoreng semuannya, Susunkan semua bahan dalam pinggan

Langkah 6 : Cara membuat sos lada hitam

SOS LADA HITAM

Bahan

1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos 
1 sudu besa sos cili
2 sudu sos tiram @ kicap lemak (untuk gelapkan kuah)
2 setengah cawan air rebusan tulang ayam/daging @ kiub ayam Knor
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis (guna mentega pun boleh)

Cara
1. Tumis bawang besar & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan tomato sos, cili sos, lada hitam, sos tiram @ kicap dan tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
5. Perisakan garam n gula secukup rasa.

Langkah 7 : Tuangkan sos lada hitam ke atas ayam

ni la western food yang kami sekeluarga gila-gilakan, sekali sekala kalo ada masa teringin untuk cuba membuat sendiri apa salahnya kan..lagi pun senang jer..

dalam pada senang pun jenuh nak berdebat dengan kakak didapur & adik duk merayau merangkak kat dapur jugak..kakak sentiasa menyebuk dia semua benda nak buat..



No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...