Friday, December 30, 2011

[Betul Ke?] Rozita Che Wan Rapat Dengan Zain Saidin

akrabnya mereka berdua

Kasih Salina ada terbaca dalam Mstar Online yang pelakon jelita Kiah Pekasam atau Rozita Che Wan, 38, mengakui yang dia ada keluar bersama pelakon yang digosipkan mempunyai hubungan cinta dengannya iaitu Zain Saidin di Genting Highlands. Menurut temubual itu lagi, Rozita berkata bukannya mereka pergi berdua tetapi percutian sehari itu turut ditemani anak-anaknya iaitu Ammar Effendy,15, dan Aniq Ezzra,12, yang sekarang ini sedang bercuti penggal persekolahan.Ahhh..betulkan, dah cuti sekolah, anak-anak ikut samalah apa salahnya kan?

Cerita percutian ini timbul apabila beberapa orang peminat dan juga pekerja di pusat peranginan itu yang terlihat mereka. Peminat pun busybody sungguh, biarlah Cik Kiah ni nak bercuti dengan siapa pun, janji dia bahagia dengan pilihannya. 

Tambah Rozita lagi, dia tidak mempunyai apa-apa hubungan cinta dengan Zain tetapi disebabkan anak-anaknya begitu rapat dengan pelakon tersebut maka adalah lebih baik dia mengajaknya bersama dan sebagai bukti mereka rapat kata Rozita, pada malam Khamis lalu, anak-anaknya turut keluar bersama Zain untuk bermain futsal.

Sedikit info untuk peminat Cik Rozita ni, dia juga bakal sibuk dengan perniagaan tudungnya, Padusi yang ingin diusahakan secara lebih serius. Rezeki beliau juga mencurah-curah sehingga jadual kerjayanya telah pun penuh sehingga Ogos depan selain perniagaan tudung yang bakal diusahakan secara lebih serius.

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...