gambar kredit - utusan online |
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata baucar buku RM200 untuk pelajar
institusi pengajian tinggi mulai tahun depan akan dilengkapi pelbagai
ciri keselamatan bagi mengelak ia dipalsukan. Menurut beliau juga, seramai 1.3 juta penuntut yang berdaftar sebagai
pelajar aktif untuk tempoh Januari-Mac tahun depan di institusi
pengajian tinggi awam dan swasta, politeknik dan pelajar Tingkatan Enam,
sama ada sepenuh atau separuh masa layak untuk mendapat baucar tersebut.
Seorang penuntut akan mendapat empat baucar bernilai RM50 sekeping dan boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai
program tersebut dan hendaklah digunakan bagi membeli buku-buku
akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan
keperluan pengajian masing-masing. Tempoh sah laku baucar tersebut hanya selama tiga bulan iaitu bermula pada 1 Januari hingga 31 Mac tahun depan.
No comments:
Post a Comment