Thursday, December 29, 2011

Cucur Bilis Segera Adabi


inilah dia kasih salina namanya yang malas nak bancuh tepung cucur buatan sendiri, semua benda nak instant, termasuklah nak buat cucur bilis ni. In reality nya, kasih salina bukannya malas mana pun tapi tak sempat la nak membancuh cucur bilis sendiri dengan adanya dua anak yang masih ligat & perlukan perhatian lebih. lagi pun kasih salina surirumah + cari duit dari rumah, bukannya hanya jaga anak & jaga rumah tangga sahaja. kasih salina pun tak terkecuali mencari duit untuk kehidupan seharian.

aduhai...melalut la pulak ceritanya, bagi kasih salina la, sesiapa yang sentiasa busy & selalau terima kedatangan tetamu yang mengejut tu, elok la standby tepung cucur segera adabi ni coz nak bancuhnya senang aje..

kasih salina memang ikut sukatan yang dicadangkan kat bungkusan tepung segera tu, cuma air jer kasih salina guna air sejuk dalam peti ais. rasanya lebih sedap kalau guna air sejuk untuk membancuh tepung segera tu kerna hasilnya cucur yang lembut & gebu walaupun dah sejuk cucur bilis tu..


No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...