Showing posts with label Western Food. Show all posts
Showing posts with label Western Food. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

Resepi Chicken Chop

Langkah 1 : Gaulkan ayam bersama bahan perapan & perapkan ayam selama 3 jam atau lebih. Simpan  dalam peti sejuk
Bahan-Bahan:
2 keping peha ayam tanpa tulang
Minyak untuk mengoreng ayam
(aku beli kat market Changlun ni jer & suruh penjual ayam tu buang tulang siap-siap)
Kentang goreng (fun fries)
3 helai daun salad
Brokoli (kali ni aku tak buh pun)
1 biji tomato (hiris)

Bahan untuk perap Ayam:
1 s/k rempah kari ayam
1 s/b sos tiram
1 s/b sos cili
1 s/b sos tomato
2 s/b lada hitam biji - ditumbuk (serbuk lada hitam pun boleh)
secubit garam
3 ulas bawang putih - ditumbuk
Sedikit halia  - ditumbuk
3 s/b tepung jagung
1 biji telur
Cara Membuatnya:

Langkah 2 : setelah perap ayam selama 3 jam atau lebih, kemudian masukkan telur & tepung jagung supaya serbuk roti dapat melekat pada ayam

Langkah 3 : Gaulkan ayam ke dalam serbuk roti.. guna bekas besar & letak banyak sket serbuk roti agar senang semasa nak gaulkan dengan ayam.. buat satu2 & jagan masukkan ayam sekaligus..

Langkah 4 : Panaskan minyak dan gorengkan ayam yg diperap sehingga masak.


Langkah 5 : Dah siap menggoreng semuannya, Susunkan semua bahan dalam pinggan

Langkah 6 : Cara membuat sos lada hitam

SOS LADA HITAM

Bahan

1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos 
1 sudu besa sos cili
2 sudu sos tiram @ kicap lemak (untuk gelapkan kuah)
2 setengah cawan air rebusan tulang ayam/daging @ kiub ayam Knor
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis (guna mentega pun boleh)

Cara
1. Tumis bawang besar & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan tomato sos, cili sos, lada hitam, sos tiram @ kicap dan tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
5. Perisakan garam n gula secukup rasa.

Langkah 7 : Tuangkan sos lada hitam ke atas ayam

ni la western food yang kami sekeluarga gila-gilakan, sekali sekala kalo ada masa teringin untuk cuba membuat sendiri apa salahnya kan..lagi pun senang jer..

dalam pada senang pun jenuh nak berdebat dengan kakak didapur & adik duk merayau merangkak kat dapur jugak..kakak sentiasa menyebuk dia semua benda nak buat..



Tuesday, November 29, 2011

Resepi Coleslaw & Cara Membuatnya - Menu for Dinner

Gambar kat bawah tu la rupa Coleslaw yang aku buat sendiri untuk santapan makan malam kami anak beranak.. dah jemu sangat dah makan kat kedai dek kerana bz & kalut dengan anak2.. aku bukannya suri rumah sepenuh masa walaupun aku aku sentiasa berada di rumah..aku pilih cara untuk bekerja dari rumah sambil membesarkan anak2 dengan asuhan & didikan aku sendiri..

 kami anak beranak memang giler dengan makanan western.. seminggu sekali mesti melantak chicken chop.. nak buat sendiri memang aku takde masa lah beb..rasa macam malas nak ke pasar & makan di kedai, hubby ajak beli barang2 instant jer untuk dimasak.. rajin la pulak aku offer kat hubby nak tulung wat coleslaw.. hehe..

Bahannya: 
1/4  biji kubis ( saiz kecil )- guna kobis warna ungu.
1/2 biji lobak merah ( option tapi aku tak guna)
  2 sudu besar mayonis
  1sudu besar sour cream (aku gantikan limau nipis - 1/2 biji)
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
sedikit serbuk lada hitam (aku tak suka buh ni)

1 Sudu Besar Susu Tepung Penuh Krim (campur dgn 1/4 cawan susu segar - aku guna susu kotak marigold je..)


Cara penyediaan:
1.  Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
2. Kemudian gaul semua bahan hingga rata. Simpan dalam petisejuk sebelum dihidangkan.


* sukatan untuk bahan2 tersebut terpulang la kepada citarasa masing2.. ctnya: ada org suka manis & masin lebih.. ada plak yg suka lebih lemak & berkrim
aku deep fridge je semua barang2 instant yang dah dibeli tu., mudah, cepat & lazat hingga megenyangkan perut ku yang semakin buncit dengan lemak2 makanan..

ni ler bahan2 yang dibeli untuk menu makan malam kami yang sudah boring nak makan makanan melayu jer kan.. aku kalo bab benda2 instant ni copat jer.. mana ke tidak nye, tak perlu nak banyak keje dah.. sekurang2 nya separuh dah ringankan beban nak menyediakannya.. sure la isteri2 org lain pun cam gitu juga la gamaknya kan.. ishhh... malas bebenor isteri2 zaman sekarang ni..

Monday, November 28, 2011

Resepi Kentang Putar ( Mashed Potato Ala KFC tu)

Picture ni aku Google jer..
Resepi Kentang putar ni aku rasa simple & senang jer nak buat..Mashed Potato ni mesti menu wajib la kalo ke KFC, termasuk la kami anak beranak.. so, for the 1st time, elok la mencuba buat sendiri untuk mencari kelainan sekali sekala kan..

6-8 biji Kentang (kupus dulu kulit kentang tu, potong2 bg kecik & rebus hingga empuk)
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair (susu segar pun boleh)
sedikit daun bawang  (potong halus2 jika suka)
sedikit lada sulah dan garam

Cara membuatnnya:

1. Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
2. Masukkan susu cair/segar. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi 
susu mengikut selera masing2 la ye..
3. Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong-potang halus. Gaul rata dan bolehlah di hidangkan untuk orang tersyang & diri sendiri.

resepi ni aku cedok dari blog potretkasih 

Resepi Beef Steak / Grilled Beef Steak with Black Pepper Sauce

makan beef steak memang sesuatu yang membangkitkan selera la kan.. tapi dia punya harganya sesuatu yang membebankan bagi orang2 biasa macam Kasih Salina ni.. beef steak sedap dimakan bersama2 dengan kentang putar, untuk resepi kentang putar klik SINI

Bahan2: 
4 keping daging Steak 
(aku biasa guna daging segar biasa jer..kat changlun ni mana nak dpt daging steak) 
4 sudu besar sos tiram
1 sudu  besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( nak bubuh lebih pun ok jer)
Sedikit madu (kalau suka & dah ada madu kat rumah)

* campurkan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk dan peraplah semalaman sebelum daging dibakar.

** Semasa membakar daging, renjiskan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak. (tapi aku hentam dengan mentega jer..)


Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam


Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos 
1 sudu besa sos cili
2 sudu sos tiram @ kicap lemak (untuk gelapkan kuah)
2 setengah cawan air rebusan tulang ayam/daging @ kiub ayam Knor
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis (guna mentega pun boleh)

Cara
1. Tumis bawang besar & bawang putih sampai layu.
2. Masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan tomato sos, cili sos, lada hitam, sos tiram @ kicap dan tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
5. Lastly, masukkan garam n gula secukup rasa.


Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...